Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Uqasha Senrose Bersuara Dituduh Punca Kematian Wanita - "Ketika Saya Cuba Memaafkan & Reda..."

Amri Hassan
03/11/2023 08:31 MYT
Pelakon Uqasha Senrose tampil mengulas mengenai dakwaan dirinya menjadi punca kematian wanita yang mendakwa dibuli ketika bersekolah.

Menerusi siaran langsung di TikTok pada Jumaat, Uqasha akui terkilan apabila namanya masih dikaitkan biarpun dirinya sudah memaafkan wanita yang sudah meninggal dunia itu.

"Saya tidak ingat wanita yang mendakwa saya membuli dengan memegang bahagian dada dan sebagainya ketika di sekolah dulu. Saya dikhabarkan dia meninggal dunia baru-baru ini.

"Ketika saya cuba memaafkan dan reda dengan berita kematiannya, timbul pula cerita kawannya yang mengaitkan saya dengan punca kematian wanita itu.

"Kawan wanita itu mendakwa saya mesti gembira dengan berita kematian itu dan saya perlu tanggung di Padang Mahsyar nanti. Siapa dia untuk berkata sedemikian dan menuduh saya?

"Kenapa saya pula dipetik sebagai punca kematian sedangkan saya tidak tahu-menahu langsung. Jika saya puncanya, kenapa baru sekarang? Kenapa bukan 15 tahun dulu? Hanya kerana saya artis dan dikenali, tidak boleh sewenang-wenangnya dia menuduh saya," ujarnya.

Terdahulu, seorang pengguna laman X mendedahkan rakannya yang pernah menjadi mangsa buli Uqasha ketika di sekolah dulu sudah meninggal dunia pada 31 Oktober lalu.

Susulan pemergian wanita itu, individu terbabit seolah-olah menyalahkan Uqasha dan berharap Uqasha mendapat pembalasan atas perbuatannya di Padang Mahsyar nanti.

Uqasha turut menasihatkan individu tersebut untuk menjaga kata-kata dan tidak mencampuri urusan yang tidak ada kena mengena dengannya.

“Saya dah lalui macam-macam dalam industri seni ini. Saya menangis bukan sebab sedih tetapi sakit hati dengan hati dan mulut orang. Kalau ada salah saya, bagitahu depan-depan.

“Media sosial bukan medium untuk buka aib sesiapa. Kalau tidak melibatkan anda, jaga kata-kata. Jangan masuk campur. Kawan dia baru meninggal dunia, cakaplah benda elok-elok.

“Sebelum mengaku itu adalah salah faham, untuk apa ciap begitu? Siap petik nama saya sekali? Boleh bersemuka, cari jalan untuk jumpa saya. Bukan begini caranya,” ujar Uqasha.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, dia ralat kerana tidak sempat berjumpa dengan Allahyarham untuk merungkai dakwaan buli yang pernah dilemparkan terhadapnya.

“Saya ralat sebab tak sempat jumpa dia. Saya sendiri tidak tahu. Mungkin saya tak layan dia langsung ketika zaman sekolah atau macam mana? Saya tak tahu kepastian.

“Tak sempat untuk saya berjumpa, bercakap dan bersemuka. Kes yang didakwa berlaku itu sudah 15 tahun berlalu. Ada yang didakwa itu juga mengacau emosi saya,” katanya.

BERITA TRENDING: “Cukup La Satu, Kenapa Nak Pasang Dua, Tiga & Empat” - Kamal Adli

BERITA TRENDING: Netizen Puji Kejelitaan Adik Beradik Senrose-Manrose Pakai Baju Tradisional Thailand​


#pelakon #Viral #Uqasha Senrose #Kematian #sekolah #Buli #LUPUS
;