Laman Utama

Uqasha Senrose Sunting Foto Sampai Tiang Dinding Bengkok, Peminat Tawar Diri Nak Bantu - "Saya Bantu Akak Confirm Clean Bukti"

gempak
Zulaikha Yusof
13/07/2021
05:40 MYT
Sponsor Banner
Uqasha Senrose Sunting Foto Sampai Tiang Dinding Bengkok, Peminat Tawar Diri Nak Bantu - "Saya Bantu Akak Confirm Clean Bukti"
Pelakon Uqasha Senrose, 29, menarik perhatian wargamaya sekali lagi gara-gara membuat suntingan keterlaluan pada foto bersama aktor Kamal Adli, 35.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen menyunting bahagian pinggul sehingga membuatkan garisan dinding yang terletak di bahagian belakangnya turut membengkok.
Menyedari insiden itu, rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen dengan menyatakan pendapat mereka mengenai suntingan tersebut.
Ada juga segelintir pengikut yang menawarkan diri untuk membantu pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa membuat suntingan.
"Walaupun saya ternampak garisan dinding tiang tu bengkok.. tapi takpa.. Kak Usya comel la.
"Akak kalau tak reti edit boleh PM saya tau. Saya bantu akak confirm clean bukti.
"Akhirnya aku jumpa apa yang aku cari. Hahaha senget sikit tu.
"Saya boleh tolong sunting kan lain kali," antara komen-komen yang ditulis.
Sebelum ini, Uqasha pernah ditegur netizen selepas berkongsi foto yang disunting di majlis ulang tahun kelahiran ke-28.
Walaupun begitu, Uqasha mengakui dia tersalah menyunting sehinggakan lilin pada kek hari jadinya turut sama membengkok.
BACA: "Edit Gagal" - Punggung Herot, Lilin Bengkok, Uqasha Senrose Buat Hal Lagi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live