Pelakon Uqasha Senrose menarik perhatian wargamaya apabila foto sambutan hari jadinya disunting secara keterlaluan.

Menerusi laman sosial Instagram, Uqasha memuat naik foto-foto tersebut untuk tatapan umum.

“Haih, 28 dah kita awak. Nak umur 18 balik hehe. Apa-apa pun Qasha alhamdulillah masih lagi diberi nyawa sihat tubuh badan dan masih disayangi hehe.



“Terima kasih banyak pada keluarga yang berikan kejutan kat Qasha setiap tahun. I love you guys so much. (Sampai tersalah edit sampai bengkok lilin haha),” tulis Uqasha sebagai kapsyen foto.

Menerusi foto tersebut, kelihatan punggungnya ditarik keluar bagi memberikan ilusi lekuk sehingga lilin pada kek hari jadinya turut sama membengkok.

Walaupun begitu, Uqasha mengakui dia tersalah menyunting sampai foto tersebut kelihatan pelik.

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang mengusik foto herotnya itu di samping ucapan ulang tahun.

“Haha eii perangai, herot lilin. Selamat hari jadi Usha, awak menakjubkan,” komen pengasas kosmetik Alha Alfa.

“EDIT GAGAL,” tulis seorang wargamaya.

“Mak aii sampai bengkok-bengkok lilin tu, kikiki. Okay, sister faham,” usik seorang wargamaya.

“Sampai bengkok api lilin tu hahaha, sorry la mata sis tertumpu situ,” kata seorang wargamaya.

“Melengkung betul lilin tu,” ujar seorang wargamaya lagi.

Pada majlis sambutan ulang tahun itu, ia dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga serta rakan selebriti, Kamal Adli.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 170,000 tanda suka daripada warga Instagram.