Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Uqasha Senrose Tak Melatah Rumah Tangga Didakwa Bergolak - "Dalam Perkahwinan Ada Pasang Surut, Kita Ni Manusia"

Ernalisa
01/11/2024 03:55 MYT
Pelakon jelita, Uqasha Senrose tampil mengulas dakwaan rumah tangganya bersama aktor Kamal Adli kini sedang bergolak.

BERITA BERKAITAN: "Kepada Semua Suami, Hargailah Isteri Anda" - Uqasha Senrose

BERITA BERKAITAN: “Tak Logik, Kesian Uqasha Selalu Jadi ‘Mangsa’” - Kamal Adli Ulas Dakwaan Isteri Pukul Pembantu Peribadi

BERITA BERKAITAN: Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil Cahaya Mata Pertama - “Kami, 11 Tahun Kemudian…”

BERITA BERKAITAN: Rumah Tangga Kamal Adli & Uqasha Didakwa Bergolak? Ini Respons Tuan Badan - “Kami Okay Sahaja, Kalau Gaduh..”

Jelas Uqasha tenang, dia menafikan perkhabaran tersebut biarpun mengakui adakalanya berlaku pasang surut hubungan suami-isteri.

"Ya Allah mana ada. Kita ini semua manusiakan. Jadi dalam perkahwinan itu mesti ada pasang surut.


"Lagi satu tak mungkin kita nak kongsikan semua di media sosial. Itulah mulut manusia memang kita susah nak tutup.

"Saya pun tak berani nak bercakap lebih-lebih kerana ajal maut semua di tangan Tuhan.Tapi kami cuba pertahankan mahligai yang dibina," katanya ditemui media di set pengambaran Bisikan Dosa di Kuang, Selangor, baru-baru ini.

Kata Uqasha lagi, dia kini langsung tidak mempedulikan andaian netizen dan mula mengecilkan kelompok sosialnya demi kebaikan diri sendiri.

"Bagi saya sekarang ini apa yang lebih penting, kita jaga kesihatan emosi kita.

"Saya memang dah kecilkan circle saya, saya cuma ada Kamal, anak-anak dan keluarga. Itu kepentingan bagi saya.

"Perkara-perkara kecil macam ini semua saya nak tolak ke tepi," katanya.


Jelasnya lagi, dia dan Kamal sememangnya sentiasa mengambil sikap 'tidak peduli' dengan tohmahan yang mengganggu emosi mereka.

Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Hawra Uqaira.

#Rumah #Tak #Uqasha #Tangga #Melatah #Didakwa #Goyah
;