Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Urmila Matondkar Positif COVID-19, Pesan Orang Ramai Jaga Diri Sempena Sambutan Deepavali Nanti!

Amri Hassan 02/11/2021 | 01:54 MYT
Pelakon Bollywood Urmila Matondkar, 47, mendedahkan dirinya disahkan positif virus COVID-19.
Memaklumkan menerusi akaun Twitternya, pelakon yang popular menerusi filem Rangeela itu kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan meminta kontak rapatnya agar menjalani ujian pengesanan virus berbahaya itu.
"Saya disahkan positif COVID-19. Saya okey dan sedang menjalani kuarantin di rumah. Saya meminta individu yang punyai kontak rapat dengan saya untuk melakukan ujian secepat mungkin.
"Saya juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga diri sepanjang sambutan Deepavali," ciapnya.
Urmila baru-baru ini sempat menyatakan sokongan kepada keluarga Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan sempena pembebasan Aryan Khan pada Sabtu.
"Karakter sebenar seseorang itu akan terserlah ketika berdepan detik sukar. Sangat kagum dengan semangat, ketabahan, kekuatan dan kematangan Shah Rukh Khan mengendalikan tekanan.
"Bangga menjadi rakan industri anda. Kamu sentiasa terbaik!" kata Urmila.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#pelakon #Viral #Bollywood #Deepavali #Positif #COVID-19 #Urmila Matondkar
;