Restoran US Pizza baru-baru ini mendedahkan bakal menukar nama cawangan mereka susulan gerakan boikot syarikat yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Dalam pada itu, pihak US Pizza menerangkan perkataan ‘US’ merujuk kepada ‘kita’ dalam Bahasa Melayu dan bukannya bermaksud Amerika Syarikat.

“Adalah dimaklumkan bahawa US Pizza merujuk kepada perkataan ‘us’ (dalam Bahasa Melayu ‘kita’). Ia benar-benar sebuah syarikat tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Wealth Link Freedom Sdn Bhd, Mohd Sobree Ali.

Perkara itu meraih perhatian netizen yang berpendapat kenyataan US Pizza itu bercanggah dengan tema restoran mereka yang selalu mempamerkan bendera Amerika Syarikat sama ada di pizza mahupun di kaunter.

“Ini satu respon yang kelakar. ‘US’ dalam nama mereka bermaksud ‘kita’ dalam Bahasa Melayu?

“Sekarang terangkan tentang bendera kecil Amerika yang korang cucuk dekat pizza tu? Ada juga outlet yang siap gantung bendera Amerika dekat kaunter order,” kata seorang netizen.

Sebahagian netizen turut memberi pendapat mereka berkaitan isu berkenaan serta menyumbang idea untuk nama baru restoran tersebut.

BERITA TRENDING: Asingkan Buatan Malaysia Ikut Negeri, Netizen Puji Kreativiti Pasar Raya Mydin - “Wow Mydin Level Lain”

“Daripada Kita Pizza, baik diorang tukar jadi MY Pizza gitu,” kata seorang warganet.

“Tukar lah ke Our Pizza ke, sedap sikit dengar,” ujar seorang lagi netizen.

Untuk info, gerakan memboikot produk Amerika Syarikat-Israel telah dijalankan oleh rakyat Malaysia bagi menunjukkan solidariti ke atas Palestin yang dibedil oleh rejim Zionis itu.

Sumber: Platform X