"Usah Halalkan Perkara Haram..." - Yatt Hamzah Nasihat & Perjelas Hukum Pakai 'Extension' Bulu Mata

Asraf Aided
Februari 27, 2020 04:49 MYT
Pelakon Yatt Hamzah menasihati golongan wanita agar tidak keterlaluan ketika merias diri.
Menurut Yatt, masih ramai wanita yang memakai bulu mata palsu, malah ada juga yang menyambung bulu mata untuk satu tempoh yang
panjang (extension).
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Masih ramai Muslimah yang pakai bulu mata palsu bila bersolek dan lebih menyedihkan buat extension bulu mata, bagaimana solatnya?
"Tidak sah wuduk dan solat jika ada extension kerana ia menghalang air wuduk dari menyucikan bulu mata pada kulit. Usah halalkan perkara yang haram, usah undang murka Allah," tulisnya.
Dalam pada itu, Yatt menyarankan golongan wanita untuk sekadar memakai maskara kerana ia bersifat sementara dan lebih selamat.
"Boleh je nak cantik, Allah tak larang cuma janganlah sampai memudaratkan ibadat dan kesihatan, pakai gam bulu mata dan extension itu memudaratkan.
"Pakai maskara yang bersifat sementara dan lebih selamat adalah penyelesaian kalau nak bulu mata lagi lebat," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Yatt turut bersetuju dengan pendapat dan nasihatnya itu.
Sekadar info, pemilik nama sebenar Haryati Hamzah ini mulai aktif di industri hiburan pada sekitar tahun 2002, Yatt kini lebih gemar berkongsi ilmu keagmaan menerusi platform media sosial.
#pelakon #Yatt Hamzah #Pelakon