Viral
Usaha Bayar Balik Hutang Diganggu, Kim Seri Terima Banyak Ugutan! Rasa Stress Sampai Nak Terjun Bangunan - “Polis Korea Datang Selamatkan, Masuk Kaunseling…”
Pempengaruh yang menetap di Korea, Kim Seri meluahkan rasa buntu apabila usahanya untuk membayar semula hutang kepada semua pelanggan pakej pelancongannya diganggu oleh beberapa individu.
Diugut untuk boikot produk review
Malah Seri menerusi beberapa hantaran di Insta Story miliknya memaklumkan mereka turut mengugut untuk memboikot semua produk yang direview olehnya.
“Cukuplah sebulan duduk diam dengan fitnah orang sana sini. Saya tak nak dah dengan satu kesalahan orang tambah dan fitnah kesalahan-kesalahan lain yang saya tak buat.
“Mulai hari ni saya akan buat apa yang saya nak buat. Tak apa kalau saya jadi TikToker paling dibenci pun saya dah tak kisah. Saya bukan people pleaser nak iyakan semua kata-kata orang.
“Ya, saya sedar kesalahan saya. Saya tidak menafikan itu dan saya sedang cuba menyelesaikan semunya.
“Dengan nama Allah, saya berusaha pelbagai cara dan jalan untuk cari wang untuk refund. Saya cuba buat review semula, untuk jual barang, untuk collabs dengan pelbagai produk dan company.
“Tapi tahu apa yang berlaku? Semua produk yang saya jual dan cuba promote telah di DM dan mereka minta ‘buang' saya.
“Trazy Korea, SBS Inkigayo, restoran halal Korea dan pelbagai lagi semuanya telah di DM agar tidak membayar saya dan tidak menggunakan lagi khidmat saya untuk promote produk mereka.
“Pelbagai ugutan demi ugutan di terima dan kerana itulah saya fikir saya tidak dapat buat TikTok Live buat masa ini kerana saya tak nak mereka yang ambil saya akan terbabit sama dengan masalah saya,” jelasnya.
Pernah cuba untuk terjun dari tingkat lima
Disebabkan perkara itu, Seri juga mendedahkan dia pernah cuba untuk terjun bangunan dari tingkat lima kerana hampir berputus asa dengan kehidupannya.
Namun, berjaya diselamatkan oleh polis di Korea.
“Orang kata 'wah tenang santai post-post dia. Seronok betul hidup dia'. Haah memang saya selalu post yang positif-positif, saya tak nak pos benda negatif macam ni.
"’Hari ini nak terjun dari tingkat 5 rumah saya, tapi polis Korea datang pulak selamatkan saya. Dia masukkan saya dalam program kaunseling selama beberapa hari.’ Posting apa Macam ni.
“Tak ada semangat nak hidup. Galakkan orang lain buat benda tak elok. Jadi kita post je benda-benda yang nampak tenang dan santai.
“Lepas tu, kena ceramah dengan polis. Polis cakap kita ni hidup sekali je, yang kat depan tu ada yang indah-indah, banyak lagi yang kita tak tahu.
“Sayang kalau awak buat macam ni. Ada anak-anak, anak-anak cantik comel, jangan putus asa. Eh, macam kenal nasihat. Tu yang nasihat selalu kita bagi dekat orang, sekali kena balik kat diri sendiri.
“Jadi, dengan itu saya memilih untuk posting benda-benda yang tenang dan santai. Untuk menenangkan dan menasihatkan hati sendiri juga bahawa hadapi semua ujian dan jangan putus asa.
“Setiap hari saya nasihatkan diri ‘tolong Kim Seri jangan putus asa!' Jadi, nak benci saya? Silakan.
Nak kutuk saya? Silakan. Nak ketawakan saya? Silakan. Tapi, saya tak akan berhenti. So, see you at the it top,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Terima Setiap Kejian, Makian Anda” - Kim Seri Reda Dikecam, Hanya Mahu Fokus Bayar Hutang & Refund
ARTIKEL BERKAITAN:“Dah Buat Group WhatsApp & Mulakan Proses Refund” - Kim Seri Nafi Lari Ke Jepun, Beri Kerjasama Untuk Lakukan Siasatan
ARTIKEL BERKAITAN:“Selamat Datang Ke Dunia Muka-Muka” - Restoran Ditukar Milik, Kim Seri Dakwa ‘Ditendang’ Tiba-Tiba
ARTIKEL BERKAITAN:Kecoh Kes 'Tipu' Trip Ke Korea, Kim Seri Mohon Maaf - "Semua Tunggakan Akan Dibayar Sebelum Atau pada 1 Februari 2025"
ARTIKEL BERKAITAN:Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa individu didakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan milik pempengaruh tempatan yang menetap di Korea Selatan itu dengan jumlah kerugian hampir RM500,000.
Susulan itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKSK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf turut mengesahkan menerima 24 laporan daripada mangsa penipuan pakej pelancongan terbabit.
Seri bagaimanapun tampil memohon maaf kepada pelanggan terkesan dengan trip pakej pelancongan yang tertunda di bawah syarikat miliknya.
Malah dia juga memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan wang kepada pelanggan yang terbabit sebelum atau pada 1 Februari tahun depan.
Must-Watch Video