Laman Utama

Usahawan Muda Tiba-Tiba Rebah Di Pentas, Netizen Dakwa Sengaja Buat Gimik - "Ingat Bahu Saya Ada Insurans Ker?"

Amri Hassan
29/12/2021
01:45 MYT
Tular di media sosial apabila usahawan muda, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi tiba-tiba jatuh pengsan di atas pentas ketika sedang menyampaikan ucapan dalam sebuah majlis baru-baru ini.
Menerusi video pendek yang dikongsikan salah seorang tetamu yang hadir pada majlis terbabit, Iddin Syah yang sedang asyik memberikan ucapan tiba-tiba jatuh dan individu berhampirannya segera meluru membantunya ketika itu.
Video terbabit juga tular di media sosial Twitter dan TikTok dan mendapat tontonan lebih 1 juta kali oleh pelayar media sosial. Bagaimanapun, insiden terbabit didakwa segelintir netizen hanyalah sebahagian gimik dan disifatkan tidak sensitif ketika negara sedang berdepan dengan krisis banjir ketika ini.
Tampil menjawab tuduhan berkenaan, kata Iddin Syah yang juga pengasas produk kecantikan ESW itu, insiden pengsan itu berlaku disebabkan dirinya yang terlalu kepenatan.
"Saya jarang menghabiskan masa membaca berita atau komen negatif, lebih-lebih lagi pada waktu macam ni sebab untuk berjaya, kita kena positif dan spread positivity.
"Tapi hari ni ni membuatkan saya tersentak apabila ramai staf dan anak team saya, share screenshot komen netizen yang mengecam insiden saya tumbang ketika membuat ucapan penutup di acara ESW Grand Nomination dan Pelancaran Activ White baru-baru ini.
"Cara netizen fikir ni kadang tak masuk akal. Untuk apa saya buat-buat jatuh demi content marketing? Ingat bahu saya ni ada insurans ke boleh dapat pampasan berjuta kalau terjadi apa-apa? Yes, walaupun saya memang ambil insurans nyawa.
"Dalam hidup anda, takkan tak pernah rasa penat tahap lemau? Ke tak pernah? Oh lupa, orang yang tak pernah penat ni cara hidup mereka mungkin pi kerja pagi, petang tak dan pukul 5 petang dah cabut lari!
"Dekat tempat kerja curi tulang tidur dekat desk atau surau agaknya! Manalah depa nak faham kehidupan usahawan seperti saya mahupun usahawan berjaya yang lain, yang mempunyai belasan ribu ejen dan stokis," tulisnya.
Tegas Iddin Syah juga, pihaknya antara yang turut membantu meringankan beban kepada mangsa yang terjejas dengan bencana alam banjir seperti yang berlaku sejak dua minggu lalu.
"Ada juga netizen kutuk cakap saya tak sensitif buat gimik waktu orang tengah susah hadapi banjir.
"Pertama, ini bukan gimik. Kedua, kalau anda follow saya, anda tahu apa yang saya dan team ESW dah buat untuk bantu mangsa. Saya pernah post apa yang kami bantu serba sedikit. Tak perlu saya nak bentang resit beli barang tepek di Instagram nak puaskan hati semua. At the end of the day saya juga manusia biasa. Sejauh mana saya push diri saya, pasti akan ada satu saat saya merasa penat.
"Jadi daripada jadi netizen yang kerjanya mengecam saja, eloklah jadi netizen yang berminda positif. Kepada yang meninggalkan komen positif, terima kasih banyak-banyak atas kata-kata semangat kalian," tambahnya.
Melanjutkan cerita, ekoran insiden rebah di pentas itu juga Iddin Syah mengalami kesakitan pada bahagian bahu dan akan menjalani pemeriksaan lanjut sekiranya keadaannya memudaratkan.
"Teruk jugak saya jatuh, patutlah sampai sekarang bahu dok sakit! Kalau tak lega jugak mmg nak kena pi x-ray.
"Saya memang tak ingat apa-apa masa jatuh, tapi saya memang rasa tak sedap badan sepanjang majlis semalam. Rasa lemau sangat sebab 2,3 minggu ni tak cukup rehat.
"Jadual terlalu pack dengan meeting back to back, preparation untuk seminar membabitkan 360 ejen dan stokis termasuk penganjuran majlis ESW Grand Nomination Award dan pelancaran produk terbaru, Activ White.
"Sampai KL 2 minggu sudah, kita dikejutkan pula dgn tragedi banjir kilat yang meragut nyawa dan kemusnahan teruk di sesetengah tempat.
"Sebagai rakyat yang prihatin team ESW turut sama membanting tulang memberi bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam dan Hulu Langat.
"Mungkin lambakan tugasan membuatkan saya exhausted! Mohon maaf sekiranya mencetus panik pada semua yang hadir dan terima kasih juga pada yang menyelamatkan saya," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa Santuni Selebriti Veteren Menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

gempak
26/07/2024
21:30 MYT
Kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dijalankan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti, Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.