Hiburan
Usia Bukan Penghalang, Sherrie AlJunied kembali Dengan 'Sorang Wanita'
Penyanyi kelahiran Singapura, Sherrie AlJunied mengakui usianya bukan penghalang untuk tampil dengan mempertaruhkan single terbaharunya berjudul Sorang Wanita.
Menurut Sherrie, tujuaannya tampil dengan single baharu adalah untuk memeriahkan kembali industri muzik di Malaysia.
"Sebenarnya tujuan saya tampil dengan single baharu ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi sedia ada sebaliknya kehadiran saya adalah untuk mewarnai genre muzik yang ada.
"Single Sorang Wanita adalah sebagai salam perkenalan semula dengan para peminat setelah lebih kurang 30 tahun saya berehat daripada industri hiburan.
"Bagi saya usia sekarang ini bukan halangan untuk saya kembali semula dalam industri kerana muzik adalah penyatuan, kepercayaan dan pegangan dalam menyatukan sesama insan.
"Mungkin single ini boleh menjadi kunci utama untuk saya bergerak aktif semula sebagai penyanyi," katanya kepada Astro Gempak.
Sherrie berkata demikian ketika ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran single Seorang Wanita, di Hotel Royale Chulan The Curve, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Tambah Sherrie, dia yakin peminat akan dapat menerima single terbaharunya ini kerana dalam album tersebut turut dimuatkan dengan sebuah lagu lama yang diberi nafas baharu berjudul Di Waktu Petang Di Geylang Serai.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video