Pelakon Julia Ziegler telah mengumumkan dirinya sedang hamil tujuh bulan di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi foto imbasan ultrasound yang dimuat naik, Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegle berkongsi berita gembira tersebut bersama pengikutnya.

"Hello #JJbaby2 #30weekspregnant #lovestoryjuliajohan #ivanagonnabeabigsister," tulisnya secara ringkas.

Hello #JJbaby2 #30weekspregnant #lovestoryjuliajohan #ivanagonnabeabigsister

A post shared by Julia Ziegler (@zieglerjulia) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan keluarganya.

"@lananodinmckienzie: Yeay nombor 2..Aminnn babe, tahniah babe.

"@fanunazue: Wow! The 2nd want is coming!!!! Congrats and all the best!!

"@hana_sophie: Wooowww congratulations darling Julia. Anak kita sebaya la nanti. Take good care and stay safe ya.

"@emeliamatrahah: Alhamdulillah tahniah Julia dan Johan.. Tumpang gembira.

Julia mendirikan rumah tangga bersama seorang jurutera mekanikal bernama Johan pada 1 Januari 2017.

Selepas dua tahun berumah tangga, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivana Johan pada 14 Januari tahun lalu.