Ustaz Don Beri Penjelasan Berkenaan Isu Hari Tasyrik - “Saya Mohon Maaf Sebab Menjawab Dalam Keadaan Mengelirukan”
Mya Amri
19/06/2024 05:25 MYT
19/06/2024 05:25 MYT
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang mengelirukan mengenai berpuasa di hari Tasyrik.
Ustaz Don menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya juga memohon maaf atas kekeliruan tersebut.
“Mereka jawab hari raya pertama untuk beritahu yang simple. Jadi jawapan yang betul yang panjang sepatutnya, hari raya Aidiladha dan Aidilfitiri pada raya pertama tidak boleh berpuasa.
“Bila jadi macam tu panjang huraiannya. Jadi pada ketika itu, nak bagi faham sahaja. Hari raya pertama tak boleh puasa, yang itu sahaja.
“Tapi tak mengapa saya minta maaf sebab saya jawab mengelirukan, saya minta maaf banyak banyak,” jelasnya.
Terdahulu, nama Ustaz Don kembali menjadi perhatian selepas kenyataannya ketika menjawab soalan mengenai hari Tasyrik di sebuah radio dikatakan agak mengelirukan.
Ustaz Don sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengeluarkan hadis dhaif dalam program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1.
Membuat kemunculan semula selepas direhatkan, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman memberi bayangan seolah-olah kecewa dengan tindakan pendakwah popular itu.
Mohon maaf kenyataan mengelirukan
Ustaz Don menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya juga memohon maaf atas kekeliruan tersebut.
“Satu persatu saya jawab, dia tanya ustaz boleh puasa tak pada raya Aidiladha, masa nak rakam saya tanya ini masa raya pertama sahaja ke?
“Mereka jawab hari raya pertama untuk beritahu yang simple. Jadi jawapan yang betul yang panjang sepatutnya, hari raya Aidiladha dan Aidilfitiri pada raya pertama tidak boleh berpuasa.
“Bila jadi macam tu panjang huraiannya. Jadi pada ketika itu, nak bagi faham sahaja. Hari raya pertama tak boleh puasa, yang itu sahaja.
“Tapi tak mengapa saya minta maaf sebab saya jawab mengelirukan, saya minta maaf banyak banyak,” jelasnya.
Penjelasan hari Tasyrik
Dalam hantaran berlainan, Ustaz Don turut menjelaskan mengenai hari Tasyrik
“Jawapan yang betul, pada hari raya Aidiladha tak boleh berpuasa dan juga hari Tasyrik termasuk raya kedua, ketiga dan keempat iaitu pada 11, 12 dan 13,” ujarnya.
BERITA TRENDING: Ustaz Don Anggap Dakwaan Guna Hadis Dhaif Sebagai Salah Faham - “Saya Maafkan Semua Orang”
BERITA TRENDING: Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik- “Jangan Hentam Macam Dia Tak Pernah Buat Baik”
BERITA TRENDING: Ustaz Don Daniyal Direhatkan RTM Terkait Isu Kisah Hidup Nabi Muhammad SAW
BERITA TRENDING: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?
BERITA TRENDING: Izinkan Kisah Disihir Jadi Filem, Ustaz Kazim Nafi Guna Tragedi Gelap Sebagai Marketing - "Tak Berlakon Pun Orang Kenal Saya"