Penyanyi rap, Caprice berkongsi perkembangan terkini Ustaz Ebit Lew berikutan timbulnya dakwaan mengatakan pendakwah kesayangan ramai itu hilang selepas melakukan misi kemanusiaan di Gaza.

Caprice memaklumkan perkara itu di posting terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.

Menerusi hantaran tersebut, Caprice berkongsi foto tangkap layar perbualan ringkasnya bersama Ustaz Ebit melalui aplikasi WhatsApp.

“Walaikumsalam okay Caprice… Doakan ya,” tulis Ebit.

Dalam pada itu, Caprice juga berharap netizen tidak berkongsi berita palsu yang boleh mencetuskan tanda tanya orang ramai.

“Ustaz @ebitlew is ok guys. Yang share berita ustaz hilang tu adalah berita palsu,” kongsinya.

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu, kali terakhir Ebit mengemas kini Instagramnya adalah pada 27 Mei lalu.

Perkara itu sekaligus membuatkan orang ramai bimbang kerana Ebit sebelum ini merupakan seorang yang aktif memberikan perkembangan mengenai aktiviti kemanusiaan yang dilakukannya.

Ebit sebelum ini dilaporkan berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata pendakwah berkenaan ke Mesir untuk misi berkenaan bermula 25 hingga 30 Mei.