Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ustaz Solmed Sedia Jual Rumah Mewah Lengkap Pam Minyak Mini RM24 Juta: “Kalau Ada Yang Serius…”

Maliah Surip
05/03/2024 14:38 MYT
Kisah penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Solmed memiliki rumah mewah bak istana masih menjadi perbualan masyarakat.

BERITA TRENDING: Netizen Syak Ustaz Solmed Pakai Duit Sedekah, Rumah Macam Istana Siap Ada Pam Minyak Mini

Hal ini kerana apa yang diketahui, lelaki tersebut hanya bekerja sebagai penceramah bebas.

Lantas apabila dia memiliki rumah mewah dengan nuansa Timur Tengah dan dipamerkan dalam Instagram, netizen mula mendakwa Ustaz Solmed menggunakan duit sedekah untuk membangunkan kediaman tersebut.

Setelah sempat menafikan dakwaan dirinya membangunkan rumah di atas keluasan 5,000 kaki persegi di Bogor, Jawa Barat itu menggunakan duit sedekah, Ustaz Solmed mendedahkan dirinya juga sudah lama menjadi usahawan.

Salah satu bisnes yang dilakukannya adalah menjual hartanah.

Justeru dia tidak teragak-agak melepaskan atau menjual rumah mewah yang baru siap dibina pada awal 2024 jika ada yang mampu membayar sehingga RM24 juta.

“Jika ada yang mahu membeli mengapa tidak? Alasan saya mudah. Cari untung.

“Memang ada yang bertanya, menawarkan mahu beli, cuma saya belum mahu menjual.

“Tapi kalau ada yang memang serius mahu beli, saya lepaskan. RM24 juta, itu sudah lebih daripada untung,” ujar Ustaz Solmed seperti dilaporkan Detik.com.

Suami kepada April Jasmine itu juga mengatakan tidak sayang melepaskan kediaman yang sebelum ini dikatakan didirikan untuk isteri tercinta.

“Nanti dari duit untung boleh bina rumah baharu. Sebab saya sudah biasa dengan bisnes jual beli rumah, jual beli kereta atau tanah,” katanya lagi.

Kediaman bak istana tersebut menyita perhatian masyarakat kerana memiliki pelbagai kemudahan yang cukup di luar kotak pemikiran.

Selain memiliki pawagam, beberapa kawasan untuk bersukan termasuk padang futsal, menembak, gym dan gelanggang badminton, rumah tersebut juga dilengkapi dengan tempat sauna, salun serta pam minyak mini.

PILIHAN PEMBACA: Ustad Solmed Sebut Ustad Abdul Somad Wajar Menikah Lagi

#Viral #Indonesia #Rumah #Jual #Ustaz Solmed #Pam Minyak