Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ustaz Solmed Tayang Dapur Warna Ungu - "Saya Tepuk Dahi"

Maliah Surip
28/08/2024 02:55 MYT
Nama penceramah bebas, Ustaz Solmed memang sempat menuai perhatian pada awal tahun ini selepas mempamerkan kemewahan kediamannya yang bagai istana di Bogor, Indonesia.

Selain megah bak istana, kediaman tersebut juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk pam minyak mini.

BERITA TRENDING: Netizen Syak Ustaz Solmed Pakai Duit Sedekah, Rumah Macam Istana Siap Ada Pam Minyak Mini

BERITA TRENDING: Selepas Rumah Mewah, Bau Badan Ustaz Solmed Pula Jadi Bualan!

Kini lelaki dengan nama sebenar Soleh Mahmud itu kembali menjadi sorotan selepas berkongsi salah satu ruang dalam kediamannya kepada Andre Taulany untuk konten YouTube hos tersebut.

Ruang yang dipamerkan kepada umum adalah ruang dapur yang disifatkan sebagai kawasan milik isterinya, April Jasmine.

Ruang dapur tersebut terletak bersebelahan dengan ruang makan keluarga.

Bercakap tentang dapur tersebut, Ustaz Solmed mengaku agak kurang senang dengan warnanya.

“Ini ruang khusus isteri saya. Tapi saya tepuk dahi melihat warnanya, ungu,” kata Ustaz Solmed seperti dilaporkan Viva.co.id.

Kata-katanya itu kemudian disambut April dengan mengatakan oleh kerana dapur adalah ruang peribadinya, maka dia boleh melakukan apa sahaja termasuk pemilihan warna.

“Hanya saya yang boleh memasak di ruang dapur ini. Saya suka memasak. Jadi semua di sini saya punya, terasa seperti berkuasa di sini,” kata April.

Tayangan ‘home tour’ tersebut bagaimanapun mendapat kecaman dan sindiran dalam kalangan netizen.

Ramai yang memperingatkan agar Ustaz Solmed tidak suka mempamerkan kekayaan dan jangan bersifat sombong.

Malah salah seorang netizeng menulis: “Dia juga manusia biasa yang cosplay jadi ustaz.”

BERITA TRENDING: Ustaz Solmed Sedia Jual Rumah Mewah Lengkap Pam Minyak Mini RM24 Juta: “Kalau Ada Yang Serius…”

BERITA TRENDING: Ustad Solmed Sebut Ustad Abdul Somad Wajar Menikah Lagi

#Viral #Netizen #Indonesia #Dapur #Ustaz Solmed