Ustazah Asma' Harun Tegur Group Facebook Riak Apa Hari Ini: "Kemungkaran & Dosa Sedang Dihalalkan..."

Amri Hassan
Februari 23, 2021 07:50 MYT
Pendakwah bebas Ustazah Asma' Harun menegur group Facebook viral Riak Apa Hari Ini yang didakwa telah mencetuskan pelbagai kemungkaran dan dosa yang dihalalkan atas dasar bergurau.
BACA: Tayang Lelaki Elok, Barang Mewah, Makanan Sedap, Group Facebook Riak Apa Hari Ini Jadi Bualan Netizen
Jelas Asma', perbuatan menunjuk-nunjuk dan riyak itu tidak seharusnya digalakkan dalam kalangan masyarakat terutama di media sosial.
"Mohon admin group "Riak Apa Hari Ni" boleh tukar tajuk atau tutup terus.
"Pelbagai kemungkaran dan dosa yang sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan caption riyak tapi kata gurau, share pakaian dalam, dan lain-lain yang aib sangat.
"Jangan indahkan perkataan keji 'riyak' atas dasar nama gurauan," tegurnya di Facebook.
Group Riak Apa Hari Ini tular di media sosial selepas ramai pengguna yang berkongsi kemewahan masing-masing dengan niat berseloroh atau berjenaka.
Hal yang menjadi gurauan pada mulanya kini dianggap keterlaluan bagi sesetengah pihak.
#Viral #Facebook #Pendakwah #Riak Apa Hari Ini #Group #Ustazah Asma' Harun