Pendakwah bebas Ustazah Asmak Husin menegur kenyataan yang dibikin selebriti versatil, Ifa Raziah mengenai isu tudung dan Makkah baru-baru ini.
Jelas Ustazah Asmak, bertudung itu wajib bagi setiap wanita dan hukumnya berdosa sekiranya meninggalkan suruhan Allah.
"Pandangan saya menutup aurat itu wajib, tak kisah dijemput ke Makkah atau tidak. Jika kita meninggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah.
"Menjadi tetamu Makkah untuk mendapatkan haji atau umrah mabrur bukan untuk dibanggakan.
"Kayu ukur adakah haji kita itu mabrur atau tidak dilihat selepas kepulangan kita daripada tanah suci sama ada terdapat peningkatan atau perubahan dalam diri kita terutama akhlak dan ibadat," tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.
Ustazah Asmak turut menyentuh tentang perlakuan yang dikaitkan dengan istidraj.
"Hati-hati dengan istidraj. Istidraj ini apabila seorang yang tidak mengerjakan suruhan Allah, berterusan melakukan maksiat dan derhaka kepada-Nya, namun dia kelihatan kaya dan rezekinya juga mudah, maka inilah yang dinamakan istidraj.
"Kadang-kadang nikmat itu sedang menghancurkan pahala kebaikan kita.
"Kesimpulannya, sebagai hamba berusahalah kita mengikuti segala suruhan Allah kerana kita belum tentu dapat ke Mekah namun yang pasti kita semua akan ke liang lahad.
"Hijab bukan melambangkan tinggi iman tetapi itu simbol ketaatan hamba kepada tuhannya.
"Saudara kita di India, Myanmar, dan lain-lain disekat pemakaian hijab mereka tetapi mereka tetap berjuang untuk berhijab. Sedangkan kita? Tepuk dada tanya iman.
"Mari kita sama-sama berdoa semoga setiap muslimat diberi kefahaman jelas dalam beragama, istiqamah, dan terasa ringan melaksanakan perintah Allah," tambahnya.
Terdahulu, Ifa dalam satu rakaman video mengupas isu menutup aurat dan makanan halal di sebuah restoran cina di Pulau Pinang.
"Banyak benda lagi kita boleh ingat pada Allah, bukan setakat menutup aurat. Kalau setakat menutup aurat tapi tak solat, berzikir, tak buat amal jariah tak guna juga. Itu salah satunya.
"Kita pun tak sempurna, banyak kekurangan.. Banyak juga orang yang pakai tudung pun tak pernah lagi Allah jemput pergi umrah atau haji. Tapi saya, belum pakai tudung tapi Allah dah jemput saya tiga kali dah.
"Kalau aurat jaga tapi semua tak lengkap macam mana pula? Cuba jawab. Kalau pakai tudung tapi mulut jahat, dok mengata orang, fitnah orang. Saya pernah jumpa wanita bertudung tapi tak solat," kata Ifa dalam video berkenaan yang dikongsikan semula ke TikTok.
Amri Hassan
Tue May 24 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik

"Lepas Ada Anak, Saya Fikir Pendidikan Agama Islam Untuk Masa Depan" - PU Riz Perkenal Islah Junior
Ada apa dengan Islah Junior?

"Kisah Wayang S**l..." - Nam Ron Dedah Situasi Sebenar Industri Filem Yang Ramai Tak Tahu
Nam Ron dedah realiti anak wayang.
![[VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?” [VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/tudungfe.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Prank Permainkan Tudung, Youtuber Ini Ditempelak Netizen - “Memang Lahir Terus Benak Ke Apa?”
Tak baik betul