Drama
Usu Sakinah Buat Uyaina Arshad Terima Mesej Ancaman - "Ada Nak Santau, Pijak & Cungkil Mata"
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mendedahkan menerima kiriman mesej berbaur ancaman daripada penonton drama Perempuan Tanpa Dosa.
Kata Uyaina, 28, akibat terlampau marah dengan watak Usu Sakinah ada segelintir yang ingin menghantar santau kepadanya.
"Nak tampar okay lagi tapi ada nak santau. Ada juga nak cungkil mata, nak pijak. Macam-macam mesej ada dekat Direct Message (DM).
"Itu pun saya tak dapat nak buka semua mesej. Ya Allah tak sanggup nak baca," katanya ketika dihubungi Gempak.
Watak Usu Sakinah mula dibenci peminat selepas dia yang pada mulanya ditampilkan sebagai wanita kampung yang sopan dan pasrah kekasihnya menikah lain berubah menjadi seorang pendendam dan mula memasang strategi untuk menjadi isteri kedua kekasihnya.
Plot twist yang dibuat dalam naskhah ini terutama pada watak Usu Sakinah membuatkan nama Uyaina disebut ramai.
Tambah pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad akui bukan mudah untuk membawa dan menjayakan watak Usu.
"Ini kali kedua saya bawa watak macam ni, yang pertama drama Curi-Curi Cinta. Tapi ini lagi berat.
"Susah sebenarnya. Saya rasa macam baru habis lari keliling padang bila selesai babak untuk sehari. Watak Usu ni banyak main emosi, nak kena menangis, " katanya lagi.
Drama arahan Michael Ang ini dibintangi oleh Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Zac Zaky, Yusuf Bahrain dan ramai lagi.
Drama yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fatinilam Sari Ahma ini mengisahkan perkahwinan terpaksa dua jiwa Rizal (Kamal Adli) dan Lily (Uqasha Senrose) akibat permintaan orang tua.
Bagaimana kehadiran Eddie (Zac Zaky) dan kekasih lama Usu Sakinah mampu menyatukan hati Lily dan Rizal kembali.
Kehadiran orang ketiga, isu kekeluargaan dan konflik percintaan menjadi tonggak utama bagi drama yang bakal meruntun jiwa ini.
Must-Watch Video