Sejak membuka akaun Instagram peribadi hujung tahun lalu, ketujuh-tujuh anggota kumpulan BTS menyorot perhatian peminat.

Masakan tidak, menerusi Instagram, Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook mampu mengekspresikan diri masing-masing dengan berkongsi perkembangan terkini bersama peminat.
Begitupun, V atau nama sebenarnya, Kim Taehyung baru-baru ini membuktikan yang dia merupakan raja media sosial selepas menjadi satu-satunya individu daripada Asia yang menerima 19 juta likes pada gambar di Instagram.

Jumlah tanda suka yang banyak itu diperoleh selepas V memuat naik gambar anjing kesayangannya, Yeontan pada Disember 2021.

A post shared by V (@thv)


Portal hiburan Korea Allkpop melaporkan, V mencapai angka tersebut dengan kurang daripada 40 juta pengikut akaun Instagramnya yang baru sahaja berusia sekitar tiga bulan.

Angka berkenaan mengatasi ramai selebriti Asia yang mempunyai lebih daripada 60 juta pengikut, namun dengan 'engagement' yang dilihat lebih rendah.

V juga merupakan individu ke-10 yang melepasi rekod tersebut, sama yang pernah dilakukan selebriti terkenal seperti Ariana Grande, Billie Eilish dan Kylie Jenner.

Dalam masa hanya satu minggu, akaun Instagram V kini memperoleh lebih 35 juta tanda suka dan ia hanyalah melibatkan tiga status dimuat naik.