gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Mana Tahu 1 Hari Aku Yang Curang” - Janna Nick Anggap Hati Boleh Berubah, Hanya Mampu Berdoa Jika Perkahwinan Diuji
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Aril Eles ‘Chill’ Kena Kecam - “Selagi Tak Menyentuh Perkara…”
HIBURAN
Tak Berkecil Hati, Ajai Doakan Konsert 4U2C Berjalan Lancar - “Industri Kita Kecil Jadi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

V Merupakan Satu-Satunya Figura Dari Asia Yang Menerima 19 Juta Likes Pada Sekeping Gambar Di Instagram

Izwan Isa
Izwan Isa
27/03/2022
06:50 MYT
Sponsor Banner
V Merupakan Satu-Satunya Figura Dari Asia Yang Menerima 19 Juta Likes Pada Sekeping Gambar Di Instagram
Sejak membuka akaun Instagram peribadi hujung tahun lalu, ketujuh-tujuh anggota kumpulan BTS menyorot perhatian peminat.
Masakan tidak, menerusi Instagram, Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook mampu mengekspresikan diri masing-masing dengan berkongsi perkembangan terkini bersama peminat. Begitupun, V atau nama sebenarnya, Kim Taehyung baru-baru ini membuktikan yang dia merupakan raja media sosial selepas menjadi satu-satunya individu daripada Asia yang menerima 19 juta likes pada gambar di Instagram.
Jumlah tanda suka yang banyak itu diperoleh selepas V memuat naik gambar anjing kesayangannya, Yeontan pada Disember 2021.
View this post on Instagram
A post shared by V (@thv)
Portal hiburan Korea Allkpop melaporkan, V mencapai angka tersebut dengan kurang daripada 40 juta pengikut akaun Instagramnya yang baru sahaja berusia sekitar tiga bulan.
Angka berkenaan mengatasi ramai selebriti Asia yang mempunyai lebih daripada 60 juta pengikut, namun dengan 'engagement' yang dilihat lebih rendah.
V juga merupakan individu ke-10 yang melepasi rekod tersebut, sama yang pernah dilakukan selebriti terkenal seperti Ariana Grande, Billie Eilish dan Kylie Jenner.
Dalam masa hanya satu minggu, akaun Instagram V kini memperoleh lebih 35 juta tanda suka dan ia hanyalah melibatkan tiga status dimuat naik.
Topic Berkaitan
#Instagram
#BTS
#V
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement