“Valentine’s Day Saya Ada Dalam Labour Room, Doakan Semuanya Selamat Tau”- Amyza Aznan

Syafiqah Jalal
Februari 15, 2019 04:22 MYT
Sempena Hari Kekasih iaitu 14 Februari semalam, pelakon Amyza Aznan berkongsi pengalamannya melahirkan anaknya 10 tahun lalu.
Amyza berkata pada tarikh itu dia berada di dalam dewan bersalin dan bertarung nyawa melahirkan Adrian Adam.
“Valentine's day akak ada dalam labour room...doakan semuanya selamat tau.
“Jap nak push...lupa 10 tahu telah berlalu dah. Happy birthday Adrian Adam.
“Yang penting bukan beranakkan si Mona,” tulisnya.
Amyza berkongsi cerita tersebut di Instagram miliknya.
Dalam entri yang sama Amyza turut memuat naik fotonya berada di dalam labour room.
Rata-rata peminatnya terhibur dengan perkongsian Amyza.
#pelakon #Anak #Bersalin #Pelakon #Amyza Aznan