Hollywood sedang meraikan anugerah berprestij, Oscar 2024 di Dolby Theatre.

Selain memberi tumpuan kepada calon pemenang, salah satu acara yang selalu berjaya menyita perhatian umum adalah selebriti yang hadir dan berjalan di karpet merah.

BERITA TRENDING: Vanessa Hudgens Boleh Nampak Hantu, Akui Ia Satu Anugerah

Untuk edisi kali ini, Vanessa Hudgens yang diberi tanggungjawab mengendalikan acara pre show ‘berjaya’ mencuri perhatian apabila tampil berbeza daripada sebelumnya.

Bukan kerana gaya tetapi bintang The High School Musical itu secara rasmi mengumumkan dirinya kini hamil apabila mempamerkan perut yang semakin besar.

Hudgens, 35, sedang menanti kelahiran anak pertamanya bersama Cole Tucker.

Perut besar Hudgens terlihat comel di sebalik gaun hitam yang dipakainya sebelum dia memberi pose ‘ibu hamil’ buat semua media massa.

Hudgens dan Tucker berkahwin di Mexico pada Disember 2023. Sebelum ini Hudgens sempat menyelar dakwaan dirinya sudah hamil sebelum berkahwin sekitar Oktober tahun lalu.

“Saya tidak boleh mengawal pendapat umum tapi adalah sangat tidak menghormati dan biadab apabila ada yang mendakwa saya hamil,” katanya sewaktu muncul dalam podcast She Pivots seperti dilaporkan Variety.

PILIHAN PEMBACA: Vanessa Hudgens & Austin Butler Putus Cinta, Zac Efron Pula Yang Trending