,
Viral

Vern’s Nafi Logo Menyerupai Kalimah Allah, Akui Ada Kekurangan Pada Rekaan Hingga Disalah Tafsir

Maliah Surip
07/04/2024
20:55 MYT
Pengurusan Vern's Holding Sdn. Bhd. tampil memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang disifatkan telah disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.
Berikut kenyataan penuh yang dikeluarkan syarikat itu kepada media massa.

Kenal pasti isu

“Kami pihak pengurusan Vern's telah dimaklumkan mengenai satu isu yang telah menyinggung ramai pihak terutama yang beragama Islam.
“Pertama sekali, ingin dijelaskan bahawa pihak kami sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.
“Dan kami berharap agar diberikan ruang untuk menjelaskan reka bentuk logo tersebut. Untuk pengetahuan semua, logo ini 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi, seperti yang tertera di gambar yang dilampirkan.

Akui kekurangan

“Bagaimanapun, kami akui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak.
“Pihak kami telah mengambil langkah segera menghentikan penjualan kasut dan logo serta bersedia untuk memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli barangan tersebut.
“Dengan rasa rendah diri, kami pihak pengurusan ingin memohon kemaafan semua dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.
“Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan,” ujar kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas KK Mart Mohon Ampun Kepada Agong & Umat Islam

ARTKEL BERKAITAN: Isu Stoking Kalimah Allah, Juruteknik Dijel 6 Bulan & Denda RM12,000

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Suspek Kes Buli UPNM Mengaku Tidak Bersalah Pijak Perut Mangsa Pakai Spike But

gempak
22/11/2024
03:55 MYT
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, hari ini.
Gaya Hidup

4 Fakta Menarik Inovasi Baharu Kasut Ikonik Dr. Martens!

gempak
05/10/2024
14:55 MYT
Dr. Martens terus mencipta sejarah melalui edisi terbaharu Sub Boot dan 14XX Sub Boot.
Bollywood

Penyanyi Bengang Dibaling Kasut, Cabar Peminat: “Siapa Buat? Naik Ke Pentas!”

gempak
09/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Tauba Tauba, Karan Aujla berang dan mencabar penonton yang telah membaling kasut ke arahnya sewaktu membuat persembahan di London baru-baru ini.
Viral

10 Hari Tiada Pelanggan, 'Pak Cik Tukang Kasut' Pernah Tertidur Di Kaki Lima - "Memang Tiada Langsung Duit Poket..."

gempak
22/08/2024
09:25 MYT
Kasut-kasut lusuh menjadi peneman Ujang Samsudin siang dan malam. Bergantung harap pada kasut lusuh sebagai punca rezeki, dia pernah bergelut ketika tiada pelanggan singgah di 'kedai kecil' miliknya.
Terkini

Hanya Dapat RM15 Sehari, Pak Cik 'Tukang Kasut' Sayu Dibantu Penyampai Radio ERA - "Dia Minta Tolong Kami Promosikan..."

gempak
21/08/2024
10:06 MYT
Perasaan tukang kasut yang dikenali sebagai pak cik Ujang Samsudin bertukar menjadi ceria apabila dia dikunjungi penyampai radio ERA iaitu Haziq Hussni, Shasha Nadira dan Fazziq Muqris pada petang Rabu.
Unitar