,
Laman Utama

Vicha Akhirnya Dedah Wajah Suami - “Daddy Ni Bukan Typical Yang Suka Ambil Gambar”

Izwan Isa
24/01/2022
02:50 MYT
Awal Januari ini, pelawak dan pelakon Vicha mendedahkan yang dia telah pun berkahwin buat kali kedua dengan seorang jejaka kelahiran Nigeria yang dikenali sebagai Johson.
Bagaimanapun, menerusi pendedahannya itu, Vicha tidak berkongsi wajah suaminya kepada peminat.
Justeru, selepas beberapa ketika menyimpan ‘rahsia’, Vicha akhirnya berkongsi wajah tuan empunya badan ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan artisnya, Syura minggu lalu.
BACA: Berkahwin Dengan Jejaka Nigeria, Vicha Tak Ada Niat Sorok Perkahwinan Kedua
“Selepas saya beritahu yang saya sudah menikah, banyak yang DM saya, tunjuklah suami awak nak tengok. Kalau boleh saya cakap, selama 7 tahun ni saya dengan dia rasanya gambar kami berdua hanya ada beberapa sahaja.
“Daddy ni bukan typical yang suka ambil gambar. Kena pujuk dulu, baru mahu. Bagi yang kenal pasti tahu dia macam mana,” tulis Vicha di Instagramnya.
Tambah Vicha lagi, suaminya itu selalu memberitahu yang dirinya hanyalah orang biasa dan bukannya artis. Jadi, tidak perlu berkongsi gambarnya di media sosial.
“Dia selalu cakap: ‘Saya ni bukan artis macam awak, saya ni orang biasa sahaja. Jadi tak payah post-post’.
“Tapi tak mengapa, ini saya belanja gambar buat kenang-kenangan. Siapa tahu kami ada rezeki berdua, boleh juga buat majlis kawin macam yang kami impikan, insya-Allah.
“Saya tahu, Allah selalu permudahkan urusan. Kami yakin sahaja dengan perancangan Allah,” katanya lagi.
BACA: Body Shaming: Vicha Pernah Dipanggil Babi Hutan, Jaiko Adik Giant!
Terdahulu, Vicha berkongsi tentang statusnya yang kini bergelar isteri kepada Johnson menerusi saluran YouTubenya.
Untuk rekod, menerusi perkahwinannya bersama Johnson itu, Vicha dikurniakan seorang anak lelaki bernama Michael Trevor Ayomide.
Sementara menerusi perkahwinan pertama di Indonesia, Vicha dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.
***GEMPAK MOST WANTED datang lagi. Jangan lupa undi artis kesayangan anda dengan klik pada banner atau link ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Unitar