Selebriti dan usahawan terkenal Victoria Beckham mengaku punya penyesalan kerana pernah melakukan prosedur memasukkan implan atau membesarkan payu dara.

BERITA TRENDING: Disiplin Persiapkan Baju Untuk Seminggu, Siapa Macam David Beckham?

Apa yang lebih membuat dia berasa tindakan tersebut sebagai satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan adalah setelah bergelar ibu.

Meski sudah membuang implan yang dimasukkan ke payu dara, iIsteri David Beckham itu mengaku masih mencari masa yang sesuai untuk berbagi kisah tersebut dengan anak perempuannya, Harper.

“Jika saya boleh jujur, kalau boleh saya tidak mahu dan tidak akan memasukkan implan. Saya mencari masa untuk berkongsi pengalaman itu bersama Harper. Tapi bukan sekarang,” kata Victoria yang menjadi sampul wajah Allure bulan Disember.

BERITA TRENDING:Takut Suami Terkejut, Victoria Beckham Tak Beri Lihat Wajah Tanpa Solekan

Menurut Victoria, Harper yang menginjak remaja kini mula menitikberatkan soal kecantikan.

Wanita berusia 49 tahun tersebut pernah melahirkan kebimbangan mengenai bentuk giginya yang jarang.

Menerusi temu bual dengan majalah Vogue Australia tahun lalu, Victoria juga ada berbicara mengenai impak media sosial terhadap Harper.

“Harper tidak mempunyai akaun media sosial jadi kami tidak begitu bimbang. Tapi melihat betapa kejamnya pengguna media sosial termasuk melakukan body shaming, ia agak menakutkan,” katanya.

PILIHAN PEMBACA: Menderita OCD, David Beckham Dedah Pastikan Asap Lilin Berada Di ‘Kedudukan Betul’