Usahawan dan bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli enggan tunduk pada rintihan palsu bekas kekasihnya.

Jelas Iqbal, dia kini lebih waras untuk menilai kejujuran dan ketelusan hati seseorang termasuk Vida.

Malah dedah Iqbal, dia turut ditawarkan sebuah kereta mewah idamannya berharga RM3 juta daripada Vida sebagai usaha untuk memujuknya kembali.

"Rintihan palsu ini tidak sedikit pun memukau kewarasan saya menilai kejujuran. Selama ini saya bukan lurus bendul, cuma mengalah.

"Setelah saya tarik diri, semalam pihak Vida tawarkan saya kereta idaman saya, Bentley yang bernilai RM3 juta.

"Nilai ini tidak boleh beli hati dan kejujuran saya yang telah dikhianati. Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin aidai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya," kata Iqbal.

Menerusi siri hantaran di Instagram Stories tambah Iqbal dia lebih rela menerima kasih seorang pelacur atau wanita miskin andai punyai hati yang jujur.

"Bagi saya, andai kekasih saya seorang pelacur atau seorang yang miskin sekali pun, tidak terlalu rupawan, saya boleh terima.

"Tetapi jangan kurang satu perkara, iaitu ketelusan. Saya tidak terlalu baik namun saya tidak pernah mempergunakan wanita," tegasnya.



Kisah sorong papan tarik papan Vida dan Iqbal terus menjadi buah mulut ramai apabila difahamkan Iqbal kini sudah tawar hati terhadap pelantun lagu I Am Me itu.

Tentangan berterusan dari anak sulung Vida, Cik B menjadi antara punca Iqbal mengundurkan diri.

BACA: "Kenapa Buat Iqbal Macam Tu, Nampak Dia Bersungguh" - Isu Makin Tegang, DSV Pula Kena Tarbiah Dengan Peminat?

BACA: "Orang Keluarkan Pisau Suruh Saya Nakal-Nakal" - Iqbal Stress Disukai Ramai Lelaki, Dedah Punca Tak Jadi Kahwin?

BACA: Iqbal Dah 'Fed Up' Dengan Perangai Vida, Dedah Pernah Kena Baling Selipar & Dihalau Dari Rumah?