Laman Utama

"Orang Keluarkan Pisau Suruh Saya Nakal-Nakal" - Iqbal Stress Disukai Ramai Lelaki, Bakal Jelaskan Punca Tak Jadi Kahwin?

gempak
Amri Hassan
24/09/2021
00:55 MYT
Sponsor Banner
"Orang Keluarkan Pisau Suruh Saya Nakal-Nakal" - Iqbal Stress Disukai Ramai Lelaki, Bakal Jelaskan Punca Tak Jadi Kahwin?
Usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli mengakui tertekan apabila sering dikejar golongan sejenis.
Malah, Iqbal memaklumkan dirinya pernah menerima ugutan ketika di tempat awam daripada individu yang tidak dikenalinya memaksa dia melakukan perbuatan terkutuk.
"Kita dah terbuka sekarang, saya jawab sajalah. saya sebenarnya ada pengalaman bermula dari diganggu. Sampai sekarang pun, apabila saya ke tandas awam ada orang pernah keluarkan pisau suruh saya nakal-nakal. Tapi nasib baik saya sempat lari.
"Untuk bercerita sebenarnya agak banyak sebab saya ada pengalaman itu. Tapi saya tak tahu kenapa lelaki selalu kacau saya, sampai ikut kereta saya. Orang tak kenal pun ikut saya.
"Bagi saya ia perkara yang privasi, cuma nakal tu ada. Saya pun pernah nakal. Macam biasa lelaki normal, tak ada lebih-lebih," katanya menerusi sesi siaran langsung Instagram bersama pengacara Viviana Abdullah.
Tambah Iqbal, dia masih tidak memahami situasi tiadanya privasi dalam kehidupan seharian hingga menyebabkan dirinya mengalami depresi.
"Saya tak tahu, kenapa orang kejar saya sampai saya tak boleh pergi mall. Perempuan biasa, walaupun ramai saya tak kisah. Tapi kadang-kadang lelaki tu saya rasa macam demam pun ada. Satu masa saya demam, saya nak kena buat apa?
"Saya stress, saya depress naik grab pun orang kacau. Kereta kejar, terpaksa lari jauh. Apa saya nak buat? Kalau perempuan boleh pakai purdah!" tambahnya.
Episod Iqbal dan Vida yang tidak berkesudahan terus menjadi bualan netizen, terbaharu Iqbal menerusi akaun Instagramnya membuka semula kisah lampau dengan usahawan kosmetik itu.
BACA: Iqbal Dah Fed Up Dengan Perangai Vida, Dedah Pernah Kena Baling Selipar & Dihalau Dari Rumah?
Sementara itu, ketika ditanya bilakah waktunya Iqbal akan menamatkan 'drama' kahwin dengan jutawan kosmetik popular itu, jawab Iqbal, dia akan memberikan kenyataan terakhir dalam tempoh terdekat.
"Sekarang pun kalau perasan saya tak post langsung fasal DSV, dua tiga hari pun kurang tidur dan makan. Saya tak marah netizen, saya tak kecewa dengan Cik B dan Kacak.
"Saya di alam serius nak kahwin, sampai bila nak berdrama? Saya akan jelaskan kenapa tak jadi kahwin, sekurang-kurangnya orang tahu dan kita bukan main-main," simpulnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live