Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida meluahkan rasa gusar apabila bapa kandung kepada anak-anaknya, Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,14, atau lebih dikenali sebagai Kacak datang ke kediamannya di Ipoh untuk melawat mereka.

Menerusi laman sosial Instagram, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, berkongsi luahan tersebut untuk tatapan umum.

Menurut Vida, dia pening memikirkan jalan penyelesaian bagi perkara tersebut memandangkan kedua-dua anaknya belum bersedia untuk bertemu dengan bapa kandung mereka, Mohd Amin Yasin, 43.

“Tolong, seharian tak keluar bilik duk fikir. Mama sayang anak-anak mama.

“Ayah Cik B dan Kacak datang Ipoh malam-malam nak jumpa Cik B dan Kacak tapi mereka belum bersedia. Apa patut saya buat?” tanya Vida di satu hantaran.

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)


Malah menerusi satu siaran IG Live pada malam tadi, pengawal peribadi Vida yang dikenali sebagai Datuk Zack bergegas datang ke rumahnya setelah mengetahui perkara tersebut.

Namun dalam pada kegusaran tersebut, ada segelintir wargamaya menegur Vida agar tidak membuka masalah keluarganya kepada umum.

Tambah mereka, Vida sudah cukup matang dan berpengalaman dalam mencari solusi tanpa melibatkan netizen Malaysia.

“Keep private as private dato. Berhenti libatkan netizen dalam masalah keluarga dato, saya risau banyak keburukan daripada kebaikan. Dato dah terlalu matang dan berumur untuk fikir baik buruk. Lagipun hak ayah dan anak tetap ada tak kira apa jadi,” tegur seorang wargamaya.

“Satu je, jangan sibuk sebar kat IG. Settle diam-diam. Tu kan masalah keluarga? Buat apa perlu nasihat netizen,” kata seorang wargamaya.

“Tanya anak-anak. Bukan cerita kat sini,” komen seorang wargamaya.

“Maaf dato, kadang-kadang ada benda kita perlu privasi. Bukan semua nak bagitau kat social media sebab andaian orang ni bermacam-macam dan kita tak mampu nak tutup mulut orang. Settle diam-diam,” ujar seorang wargamaya.

“Itu masalah dato la, bukan masalah netizen,” tulis seorang wargamaya.

“Hal family sendiri, settle sendiri la dato. Tu pun nak kena ajar. Nanti netizen kecam, netizen yang dapat dosa,” kata seorang wargamaya lagi.

Pada tahun lalu, Mohd Amin meluahkan rasa rindu terhadap Cik B dan Kacak dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen.

Amin juga mendakwa kali terakhir dia bertemu dua orang anaknya itu pada bulan Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak dan perjumpaan itu berlangsung hanya selama 15 minit.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!