LAMAN UTAMA
[VIDEO] 25,000 Botol Sambal Khairul Aming Terjual Sehari, Kaut Sale Lebih RM370,000! Tapi Masih Ramai Netizen ‘Sedih’?
Nama usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming sekali lagi menjadi bualan netizen selepas dia mendedahkan sambal makanan jenama miliknya telah habis terjual sebanyak 25,000 botol dalam tempoh sehari.
Menerusi hantaran terbaharu di laman TikTok, Aming berkata sebanyak 25,000 botol yang terjual tersebut menyebabkan dia berjaya meraih RM 375,779.58 hasil jualan.
“Hari ini jual 25,000 sambal Nyet dan ini hasil jualan RM375,779.58. Terima kasih sangat-sangat semua.
“Saya akan cuba sedaya upaya untuk pos sambal secepat mungkin,”kongsinya.
@khairulaming 25,000 botol Sambal Nyet sold out hari ni. Terima kasih guys ? #SambalNyet #makanlokal #sambalnyetbykhairulaming ♬ MELANCHOLY(治愈系) - 南辰
Menjengah ke ruangan balas, pelbagai komen dan reaksi yang ditinggalkan wargamaya termasuklah yang ‘sedih’ kerana tidak sempat untuk membeli sambal tersebut akibat terlalu pantas terjual.
Dalam masa sama, ramai juga menyampaikan ucapan tahniah kepada Aming di atas perniagaan sambal dan mendoakan rezeki usahawan itu diluaskan.
.png)
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut menerima lebih 400,000 tontonan dan 25,000 tanda suka.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

Must-Watch Video