Bila cakap fasal keluarga ini, sudah pasti kita inginkan sebuah keluarga yang harmoni dengan penuh kasih sayang antara ibu bapa dan adik-beradik.

Sepatutnya bila adik-beradik ini, dapat berseronok, berkasih sayang dan hormat-menghormati satu sama lain namun ada juga jenis yang ‘busuk hati’.

Ini 3 jenis adik-beradik yang ‘busuk hati’ yang dikongsikan oleh penceramah bebas Ustaz Elyas Ismail menerusi video yang dikongsikan di TikTok miliknya.

#1. Dengki & memburukkan adik-beradik lain

Ada adik-beradik yang dengki dengan kakak ke abang ke adik, dalam masa yang sama dia juga memburuk-burukkan adik-beradiknya itu pada ibu bapa mereka. Sebarkan keburukan adik-beradik kepada orang luar seperti ‘abang duit banyak tapi kedekut dan berfoya-foya, bukan guna dekat jalan yang betul.

Dia busuk hati dan dengki.

#2. Dengki & mendatangkan mudarat

Bukan sahaja dengki, tapi dia juga cuba untuk membuat sesuatu yang mendatangkan bahaya terhadap adik-beradik lain. Dalam kalangan adik-beradik pun ada cubaan nak bunuh.

#3. Pakat Dengan orang lain untuk jatuhkan adik-beradik sendiri

Jenis yang mengajak atau berpakat dengan orang lain untuk menjatuhkan atau memudaratkan adik-beradik sendiri.

BACA SINI: “Terasa Sedih, Syahdu, I Love You…” - Kuat Kerja, Darling Ngasri Sering Nasihat Bell Jaga Kesihatan

@ustazelyasismail Ya Allah jadikan adik beradik ahli keluarga kami bahagia sayang menyayangi dengan @CEO Tenang | WangianAnnaLegacy Kasturi kijang #fyp #fypシ゚viral #ustazelyasismail #positive #doa #keluarga ♬ Menyentuh Hati - Yuda pratama