Laman Utama
“Terasa Sedih, Syahdu, I Love You…” - Kuat Kerja, Darling Ngasri Sering Nasihat Bell Jaga Kesihatan
Pelakon dan pengarah, Darling Ngasri masih lagi tidak percaya bahawa abangnya, Bell Ngasri dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 (ABPBH) Jumaat lalu.
Menurut Darling, dia berasa sangat bersyukur atas sokongan yang diberikan rakyat Malaysia terhadap usaha keras Bell dalam industri seni selama ini.
“Darling speechless tak tahu nak cakap macam mana. Terasa sedih, syahdu. Saya tak tahu apa yang saya rekod.
“Yang pasti Bell tengah lakarkan sejarah buat satu Malaysia! Kami hanya mampu menyokong dan bantu apa yang sepatutnya..
“Selebihnya Bell sendiri memang insan hebat yang tak kenal erti penat dan kalah,” luahnya dalam satu hantaran di Instagram.
Malah coret Darling lagi, sebagai seorang adik dia juga sering menasihati Bell supaya sentiasa menjaga kesihatan walaupun abangnya memiliki jadual kerja yang padat.
“Darling selalu ingatkan Bell jaga kesihatan, jaga tidur, jaga diri keselamatan selalu. Itu yang lebih utama.
“Alhamdulillah dengan izin Allah hang memang selayakya menerima penghargaan ini. I love you. InsyaAllah ada rezeki akan Darling bukukan memori perjalanan ini sebagai inspirasi but semua terima kasih Allah, terima kasih Malaysia,” tulisnya.
Terdahulu, Bell dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 35 yang berlangsung pada Jumaat.
Bell berjaya menewaskan calon favourite lain iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.
Must-Watch Video