Video memperlihatkan pelakon Elizabeth Tan sedang berlatih melakukan beberapa aksi dengan jurulatihnya yang dimuat naik di TikTok miliknya menarik perhatian netizen.

Menerusi video itu, Elizabeth berkata dia kembali menjalani sesi latihan bersama jurulatih demi wataknya sebagai Ejen Alice dalam filem Abang Long Fadil 3 (ALF3) selepas dua tahun.

“Ejen Alice masuk balik training selepas dua tahun,” tulis Elizabeth.

Rata-rata netizen terpegun melihat aksi Elizabeth yang melakukan beberapa latihan aksi seperti ‘arm lock’ dengan jurulatihnya.

Malah netizen terutamanya lelaki secara berseloroh mengatakan mereka sanggup membiarkan Elizabeth melakukan aksi ‘arm lock’ sampai berjam-jam.

“Saya sanggup kena lock tangan dengan Elizabeth.

“Saya sanggup tangan kena arm lock macam itu, dua jam pun tak apa.

“Tolong lock tangan saya, patah pun tak apa,” antara komen lucu daripada netizen.

Malah, ada juga segelintir peminat yang berkata suami Elizabeth yang juga penyanyi itu akan kena ‘belasah’ kalau buat hal.

“Ni kalau your husband buat hal, habislah la dia,” komen netizen.

Selain Elizabeth, ALF3 turut menampilkan Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

@elizabethtsm Ejen Alice masuk balik training lepas 2 tahun ? #abanglongfadil3 #fyp #mma ♬ Silhouette Challenge (Instrumental) - DJB

Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September.

Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini.

Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!