Satu klip pendek dimuatnaik Raja Ilya menyaksikan seekor kucing terpaksa bertarung nyawa sebelum maut akibat dibaling benda tajam oleh seorang individu lelaki mendapat perhatian netizen.

Di ruangan kapsyen, Raja Ilya atau pemilik nama asal Raja Ramilah Begum Raja Mohamad menyifatkan perbuatan individu tersebut adalah kejam.

“Pada mulanya dia bagi makan pada kucing kemudian dia membunuh kucing tersebut. Hari ini kucing esok manusia dia buatnya.

“Kadang terfikir apa ada dalam hati orang-orang macam ni?

“Apa yang tak puas hati, apa yang buat mereka ni jadi kejam, apa yang buat mereka jadi tidak ada perasaan takut pada tuhan?

“Apa pula yang mendorong mereka lakukan ini? Dadah ke? Keluarga ke? Kawan-kawan? Pasangan?” tulis Ilya.

Pelakon berdarah campuran Melayu, Arab dan India itu turut meletakkan tag nama Instagram pihak berkuasa sebagai pemberitahuan untuk tindakan lanjut.

Pun begitu, di ruangan balas terlihat seorang aktor lelaki, Shah Iskandar turut melontarkan komen kurang senang di atas tindakan lelaki itu, “B*bi lah orang macam ni!! Ehhh, I cannot sehhh!”

Menurut satu sumber lain, dikhabarkan individu berusia 20-an itu telah ditahan oleh pihak polis dirumahnya, semalam.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan.

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)