Laman Utama
[VIDEO] Baca Al-Quran Dalam Konti Radio, Issey Diam-Diam ‘Kantoikan’ Aktiviti Nabil Ahmad
Pengacara dan penyampai radio Era, Nabil Ahmad mencuri tumpuan ramai selepas video dirinya sedang membaca Al-Quran tular baru-baru ini.
Video yang tular itu telah dikongsi oleh pelawak Issey Fadzlisham menerusi hantaran terbaharu di akaun TikToknya pada Khamis.
Menerusi perkongsian tersebut, Issey dilihat secara diam-diam merakam Nabil yang ketika itu duduk bersedirian di dalam konti radio sedang membaca Al-Quran.
Difahamkan, video tersebut dirakam kira-kira jam 7 pagi sewaktu Nabil mengendalikan segmen 3 Pagi Era bersama dua lagi penyampai iaitu Radin dan Azad Jasmin.
Dalam pada itu, Issey turut menyatakan sikap yang dipamer Nabil menjadi asbab mengapa dia meminati pengacara GegarVaganza itu.
@isseyfazlisham Sebab tu aku suka n minat Nabil punya perjuangan. @Nabilahmad @GEGAR @ERA ♬ original sound - JalilRazak
Menjengah ke ruangan balas, ramai pengguna laman itu memuji sikap Nabil dan menjadikannya sebagai contoh untuk menjadi seorang hamba Tuhan kearah yang lebih baik.
@pejal78: “Dia tahu agihkan masa untuk dunia dan juga akhirat, pesanan untuk diri saya juga”.
@NorhanifJesuli: “Moga menjadi asbab kebaikan untuk kita semua hamba Allah, Amin.”
@wanplug84: “Ini lah orang yang berjaya, semakin berjaya semakin dekat dengan Allah,” antara komen yang ditinggalkan wargamaya.
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 1.3 juta tontonan dan 150 ribu tanda suka.
Untuk info, Nabil bakal bergandingan bersama Elly Mazlien selaku hos program GegarVaganza(GV) musim ke-9 yang akan mula bersiaran 18 September 2022 dari Auditorium MBSA Shah Alam menerusi saluran Astro Ria (104).
Antara bintang yang akan bersaing di pentas GV9 ialah, Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok, Bob Yusof, Asheed Def Gab C, Dina Nadzir, Haida, Pat Candy, Roy Kapilla, Tom, Hazrul Nizam dan Fuad dari Singapura serta peserta berkumpulan VE.
Must-Watch Video