Semalam, umum mengetahui pasangan Shuk Sahar dan Rossa Sera telah hadir ke Mahkamah Syariah sehingga menimbulkan persoalan netizen.

Tindakan pasangan itu sekaligus seperti memberi bayangan seolah-olah hubungan rumah tangga mereka hampir menemui titik pengakhiran.

Susulan itu, Rossa Sera telah berkongsi satu video pendek di akaun Tiktoknya dengan keadaan sedang memegang sejambak bunga merah dan meminta agar suaminya supaya menjaga diri.

“Take care Shuk, jaga diri baik-baik,” tulisnya ringkas.

“Terima kasih, saya akan selalu doakan awak dan sokong awak! Kerja kuat untuk anak-anak kita ok.

“Tolong kuat dan sama-sama kita move on,” tulis Sera.

Menerusi hantaran yang sama juga, Sera berkongsi beberapa tangkap layar menunjukkan Shuk pernah memohon maaf dan berusaha untuk mengubah dirinya.

“Demi Allah, bahagia saya memang awak. Cuma saya bo**h tertipu dengan bahagia yang palsu. Saya minta maaf.

“Saya sedang nak berubah, untuk jadi orang baik. Saya janji tidak akan kahwin dan akan usahakan yang terbaik untuk awak dan anak senang.

“Awak tak tahu apa yang saya lalui, saya sakit dan saya sunyi,” antara perbualan mereka yang dikongsi Sera.

Sementara itu, di ruangan balas telah dibanjiri komen netizen yang rata-rata mendoakan ibu kepada dua cahaya mata untuk terus kuat dan cekal hadapi ujian ini.

“Kita nampak dia senyum, namun dalam hati Tuhan saja yang tahu, kesilapan yang akhirnya membawa padah, semoga kuat Sera.

“Wanita kuat.

“Cantik sangat Sera, saya doakan awak bahagia dengan anak-anak. Awak berhak untuk menikmati bahagia dan ceria dengan orang yang menhargai awak,” antara komen wargamaya.

Untuk rekod, Rossa Sera sebelum ini pernah mendedahkan sudah menfailkan cerai bersama suaminya pada tahun lalu.

Shuk Sahar dan Rossa Sera telah diijab Kabul pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Quratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun.

@rossa.sera Tq , sy akan slu doakan dan support awak !! Kerja kuat2 untuk anak2 kita ok? Please kuat n kita sama2 move on ???♥️ #fyp ♬ suara asli - •ɪʀɢɪ?