Penampilan pelakon Nadia Brian pada sebuah acara yang dihadiri baru-baru ini dikatakan ‘mencolok mata’ sehingga menimbulkan cakap nakal dalam kalangan netizen.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Nadia memuat naik satu video memaparkan penampilannya mengenakan busana bewarna merah jambu hasil rekaan seorang pereka fesyen tempatan.

Pada perkongsian tersebut, pakaian yang digayakan aktres berusia 31 tahun itu kelihatan sedikit seksi selain bahagian lengan dan bahu yang terdedah.

Melihat kepada respon orang ramai, mereka melahirkan rasa kurang senang dengan gaya fesyen berkenaan kerana dikatakan bahagian dadanya juga agak ketat seakan menampakkan ‘aset’ dan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum.

A post shared by Nadia Brian (@nadia.brian)

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menegur Nadia supaya menjaga penampilan lebih sopan selepas ini selain mendoakan yang terbaik kepada aktres tersebut.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang tidak menyalahkan Nadia, sebaliknya dikatakan pakaian tersebut yang memang sedimikian bentuknya.

“Sebenarnya baju tu yang memang bentuk macam itu, bukan dia punya yang tersembul, apalah pemikiran masing-masing,” komen seorang wargamaya.

“Buat hal masing-masing, yang tutup litup pun belum tentu syurga. Jadi tak payah menyibuk,” kongsi seorang netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!