Tindakan pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi yang membantu seorang bapa muda menuruni eskalator di stesen MRT Maluri baru-baru ini mendapat pujian wargamaya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Aznil di Instagram, individu tersebut dilihat mengalami sedikit kesukaran untuk menuruni eskalator disebabkan sebelah tangannya sedang mendukung anak dan sebelah lagi memegang stroller.

Aznil yang melihat situasi tersebut, lantas menuju ke arah bapa muda berkenaan untuk membantunya.

Dalam pada itu, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil turut menawarkan diri untuk membawa stroller tersebut dan menemani indvidu berkenaan serta anaknya menuruni eskalator.

Pak Nil turut bertanyakan keberadaan isteri kepada lelaki berkenaan, lalu dijawab isterinya kini sedang berada di Sabah.

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

Dalam pada itu, wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji tindakan mulia pengacara hebat itu.

Malah, tidak terlepas juga yang menitipkan doa kepada Pak Nil untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan.

“Mulia hati Pak Nil, semoga dikurniakan kesihatan yang baik.

“Hati Pak Nil memang baik sama sepertinya orangnya.

“Seorang insan hebat, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Pak Nil dan terus berbakti kepada yang memerlukan.

“Semoga berjaya dunia akhirat untuk Pak Nil. Amin,” antara komen yang ditinggalkan wargamaya.