Pencapaian pelakon Meerqeen sememangnya dikagumi oleh peminatnya dan terbaharu aktor itu sekali lagi mencipta kejayaan apabila berjaya membeli sebuah kereta Triton.

Menerusi perkongsian di TikTok, suami kepada pelakon jelita, Anzalna iaitu Hanif Zaki memuat naik gambar bersama Meerqeen yang membuat urusan pembelian kereta dengannya.

Pada perkongsian yang sama, Hanif juga sempat memuji keperibadian Meerqeen yang dikatakan sangat menghormati orang.

“Gembira melakukan business dengan Meerqeen. Sopan dan pandai hormat orang,” kata Hanif.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas pencapaian itu selain berbangga dengan pelakon berusia 22 tahun itu yang sudah mencapai banyak kejayaan di usia yang muda.

“Meerqeen ini umur baru 22 tahun tapi dah jutawan. Nama dah international. Sikit hari nanti dapat title Dato. Rupa pun dah ada.

“Meerqeen ini memang another level. Parents dia pun bagus penuh dengan kasih dan sayang sebab itu anak-anak beradab.

“Bagusnya suka orang muda yang sopan hormat orang. Tahniah Meerqeen,” komen netizen.

Terdahulu, Meerqeen menjadi selebriti Malaysia pertama dilantik sebagai duta kepada produk foundation and fragrance franchise di bawah YSL Beauty Malaysia.

Selain itu, Meerqeen juga antara salah seorang selebriti Malaysia yang dijemput hadir ke acara pelancaran butik Tiffany And Co baharu di lokasi berprestij, 727 Fifth Avenue, New York City baru-baru ini.

@hanif_zakii Had a pleasure doing business with @Meerqeen . Indeed, sopan dan pandai hormat org. Thanks for buying with us the best Mitsubishi Dealer in Malaysia. @EON Auto Mart Ampang #Mitsubishi #Triton ♬ DUKA SEBALIK TAWA - PUTERI KHAREEZA