Penyanyi Baby Shima sekali lagi menyorot perhatian pengguna laman sosial apabila dia memuat naik sepotong video yang mempamerkan dirinya menyeberang jalan di hadapan menara berkembar KLCC.

Tidak hanya berjalan dengan cara yang normal, Baby Shima dilihat berhenti seketika dan bergelek di tengah tempat melintas pejalan-pejalan kaki sebelum video tersebut dihentikan rakamannya.

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)


Menerusi ruangan kapsyen pada video yang sama, Baby Shima menulis: “Bergoyang (bergelek) sebab kereta tak nak beri lalu,” tulisnya.

Difahamkan, Baby Shima berbuat demikian kerana mengambil inspirasi daripada Citayam Fashion Week yang kini sedang viral di Indonesia.

Bagaimanapun, tindakan Shima menerima maklum balas yang pelbagai dalam kalangan netizen.

Menerusi ruangan komen, ada segelintir netizen Malaysia mengkritik dan meninggalkan respons yang kurang molek terhadap penyanyi lagu Lalai itu. Begitupun, lain pula tanggapan peminatnya yang berada di Indonesia.

Di ruangan komen, seorang wargamaya dari Indonesia menulis: “Hidup di Malaysia mental mu sekuat itu? Luar biasa.”

Kenyataan tersebut disambut oleh seorang lagi peminat dengan menulis: “Mak Cik Bawang di sana mulutnya sangat mengerikan ya kan?”

Tidak kurang, ada juga yang menganggap Baby Shima mirip dengan seorang selebriti dari Indonesia: “Baby Shima kalau di Malaysia seperti Nikita Mirzani, cuma versi lebih lembut.”

Untuk rekod, Citayam Fashion Week merupakan trend yang dimulakan oleh anak-anak muda di Indonesia yang menggayakan busana mereka di kawasan terbuka di sekitar Jakarta Pusat, Indonesia.