Baru saja melahirkan cahaya mata pertama pada 9 September lalu, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui sehingga kini dia masih belajar untuk menguruskan bayinya.

Berkongsi pengalaman menjaga anak sulungnya, Uyaina memberitahu dia dan suaminya iaitu penyanyi rap Raja Shahiran sentiasa memberi sokongan mental antara satu sama lain.

Biarpun berdepan dengan pelbagai cabaran, namun Uyaina tetap bersyukur Raja Shahiran adalah pasangan hidupnya buat selama-lamanya.

“Daripada memang tak tahu apa-apa pada beberapa hari pertama (sebenarnya sampai sekarang), malam yang panjang tanpa tidur, menukar lampin setiap jam, meneka jenis tangisan @rajaurhan, dan masih mencari masa di antara nak bercakap dan berpegangan tangan dan saling memberi sokongan mental yang kami berdua perlukan, saya memilih awak.

@uyaina From being extremely clueless in the first few days (until now actually), long sleepless nights, changing diapers every hour, decoding @rajaurhan ‘s types of cries, and still finding time in between to talk and hold hands and giving each other the mental support we both needed, I choose you. I choose you until the end of time. So happy, blessed and grateful that you are my partner for life @rajasyahiranmy ? We can do this, hubby ♥️ #parenting #myboys ♬ original sound - Uyaina Arshad

“Saya pilih awak sampai akhir zaman. Sangat gembira, diberkati dan bersyukur kerana awak adalah pasangan hidup saya @rajasyahiranmy. Kita boleh lakukan ini, hubby,” kata Uyaina.

Pelakon drama Love Elsa itu turut berkongsi video memperlihatkan suaminya sedang mencium bayi lelaki mereka di TikTok.

Untuk info, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raja Urhan pada 9 September lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!