[VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah!

Mya Amri
Ogos 8, 2022 14:30 MYT
Pengacara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) Live Plus, Elly Arifin menjawab pertanyaan netizen mengenai hubungan persahabatannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.
Elly menjelaskan perkara itu menerusi satu video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
Kata Elly, mereka berdua bukan hanya bersikap profesional dan tidak bermasam muka malah masing-masing sudah melupakan kisah lalu.
“Dulu masa kerja dekat Hlive, Elly pernah interview @sharnaazahmad fasal kehidupan peribadi dia, tapi mood dia tengah tak okay jadi masing-masing triggered.
“Biasa lah zaman muda mudi kan? But as time goes by, masing-masing dah matang dan dah move on jadi kisah lama kita dah lupakan sebab masing-masing belajar untuk melupakan dan memaafkan.
“Jadi sekarang masing-masing dah cool dan kerja pun profesional je. Jadi tak ada isu pun. We are cool right @sharnaazahmad?” tulis Elly.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, Sharnaaz juga membalas dan bersetuju dengan penjelasan Elly.
“Kita sudah dewasa… Mamu pun minta maaf kalau ada salah silap. Mungkin masa tu lapaq tak makan lagi kot. Sorry naa Elly… Kita move foward dan sama-sama berjaya dunia akhirat,” coretnya.
BACA: MLS3: Sering Top 5, Tak Sangka Abioso Terus Tersingkir, Hanya Sempat Rasa Sampai Minggu Ketiga
BACA: MLS3: “Kalau Juri Tak Ketawa Itu Satu Perkara Yang Seksa Jawabnya” - Ini Recap & Komen Minggu Ketiga
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad.
Program ini juga menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Untuk mengundi dan perkembangan terkini Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS3 di https://rancangan.gempak.com/muzikal-lawak-superstar-2022
Eh belum ada Astro? Mudah je guys... Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838.. Hanya Rm59.99 Sebulan. Senang kan?
#Sharnaaz Ahmad #Elly Arifin #Muzikal Lawak Superstar 3 #Muzikal Lawak Superstar 2022 #MLS3 #Tak Gaduh