Laman Utama

[VIDEO] “Bila Nak Mula Berlakon, Ayah Tak Suka La Sebab…” - Berdepan Konflik Zaman Remaja, Diana Amir Akui Pernah Buka Tudung Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa

Asyikin Mayudin
27/10/2022
12:55 MYT
Pelakon Diana Amir mendedahkan permulaannya dalam dunia lakonan mendapat tentangan daripada bapanya.
Membesar dalam keluarga yang memahami agama Islam, Diana memberitahu bapanya bimbang tentang soal pemakaian dan pergaulannya ketika berlakon.
“Memang ayah saya tak bagi… saya membesar di Johor, ibu bapa saya bukan la macam ustaz, ustazah tapi memahami agama la.
“Lepas tu bila nak mula berlakon tu, ayah tak suka la sebab dia tahu berlakon ni tak boleh nak tutup aurat dan nak kena bergaul,” kata Diana.
Diana berkongsi perkara tersebut ketika sesi live bersama pendakwah terkenal Ustazah Asma dan rakan selebriti Elfaeza Ul Haq yang turut berhjirah menjadi lebih baik.
Malah, Diana turut mengakui dia sememangnya memakai tudung dari zaman remaja namun kerap ‘on off’ tanpa pengetahuan ibu bapanya.
“Masa sekolah, on off… itu pun tanpa pengetahuan la,” ujarnya dalam keadaan sebak apabila mengimbau semula kisah silamnya.
Sementara itu, Ustazah Asma berkata perkongsian mengenai perjalanan kehidupan Diana bukanlah membuka pekung sendiri namun ia boleh dijadikan sebagai inspirasi.
“Bukan membuka pekung, ramai anak muda yang sekarang ni sedang mencari-cari. Diorang kenal Diana Amir macam ini, diorang tak tahu Diana Amir pernah mengalami konflik zaman remaja yang sangat dahsyat.
“Jadi, bagi diorang… ustazah nak cerita, ustazah memang dari dulu, berpakaian macam ini… Mungkin bila Diana cerita, mereka akan rasa lebih dekat.
“On… off, pandai belakang tak pakai tudung. Tapi bila sekarang Diana berpenampilan begini, boleh menjadi inspirasi,” kata Ustazah Asma.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@teddybear_purple #artishijrah #dianaamir #hijrah #artismalaysia #temubual #ustazahasmaharun #uah #madinahalmunawaroh #umrah #hijrahartis #elfaezaulhaq #hijrahfypシ ♬ Yasir Lana - arief akdw
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pelajar Dapat Markah 7/60 Dalam Kertas Exam Bahasa Melayu Dihencap Netizen, Diana Danielle Beri Cadangan!

gempak
24/01/2024
13:00 MYT
Tindakan seorang pelajar sekolah tingkatan 1 yang memuatnaik hantaran memaparkan markah kertas peperiksaan Bahasa Melayu yang hanya mendapat 7 per 60 markah membuka ruang cemuhan netizen.
Laman Utama

"Harap Mereka Selamat"- Farid Kamil Reda Serah Anak Pada Diana Danielle

gempak
21/08/2023
12:50 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

Diana Danielle Dapat Hak Jagaan Penuh Anak, Segala Tuntutan Bersama Farid Kamil Diselesaikan Cara Baik

gempak
21/08/2023
09:39 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

Bapa Zamarul Hisham Meninggal Dunia, Sempat Tunai Hasrat Terakhir Mahu Cetak Foto Keluarga - “Ya Allah Rupanya Dia Nak Hias Dekat Sini…”

gempak
31/05/2023
03:25 MYT
Semoga arwah ditempatkan bersama orang beriman.
Laman Utama

Farid Kamil Lega Diana Danielle Izinkan Untuk Tambah Bilangan Hari Jumpa Anak - “Tapi Perlulah Ikut Prosedur Dengan Menghantar Surat…”

gempak
30/05/2023
05:24 MYT
Alhamdulillah.