Tular video memperlihatkan salah seorang pengawal peribadi kepada Menteri Malaysia Ke-10 (PM10) Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dimuat naik oleh seorang wartawan bernama Jannah Jalidar di TikTok.

Menerusi perkongsian video tersebut, pengawal peribadi yang dianggap berwajah kacak sempat memberikan senyuman yang manis dan melambai ke kemera.

Rata-rata netizen mengatakan pengawal peribadi atau bodyguard itu sememangnya sudah lama berkhidmat untuk Anwar Ibrahim.

“Dia mesti berasa bangga dengan tuan majikannya. Dia pun dah lama setia berkhidmat dengan DSAI dan sekeluarga dari jatuh bangun.

“Mata dia berair wey. Tak sia-sia perjuangan semua untuk 24 tahun. Air mata kegembiraan.

“Bodyguard paling lama dengan DSAI. Dari rambut belakang dia pendek sampailah panjang sekarang. Stylo,” komen beberapa netizen.

Bagaimanpun terdapat segelintir netizen yang mendedahkan pengawal peribadi DSAI itu sebenarnya berstatuskan suami orang dan mempunyai dua orang anak.

“Aduh menjawablah abang tu dengan bini dia kang.

“Anak dua dah tu korang oi,” kata netizen di ruang komen perkongsian video tu.

Video tersebut kini sudah mencecah lebih 1.7 juta tontonan selain hampir 89,000 tanda suka dan 3,900 komen.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@jannahjalidar Bodyguard PM-10 Anwar Ibrahim bagi mini love lah dekat kite ? #dsai #pm10 #contentonly #bodyguardanwar #anwaribrahim #pru15 #kerajaanperpaduan ♬ Until I Found You - Stephen Sanchez