Pempengaruh King Coco turut tidak mahu melepaskan peluang melakukan trend di TikTok menggunakan lagu Swipe nyanyian penyanyi rap Alyph.

Malah, menerusi video yang dimuat naik King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail juga meletakkan senarai ciri-ciri lelaki yang disukainya.

“Type of men I like (ciri-ciri lelaki yang saya suka). Gentleman, sayang I, mesti lebih tua daripada I, tak hensem tak apa… yang penting shedap,” tulisnya.

King Coco juga menulis kapsyen dengan tagline yang digunakan Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr. Mohd Nazri Khan.

“Tak hensem tak apa, janji kaya,” tulisnya di kapsyen.

Bagaimanapun, King Coco yang berstatus ibu tunggal kepada dua orang anak itu menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

Untuk info, King Coco pernah berkahwin dengan Azron Anas pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan dua chaya mata namun mengesahkan sudah bercerai sekitar September 2021.

Dia menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial kerana gaya percakapan pelat dan mengaku mempunyai banyak darah campuran dalam keluarga.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

@k1ngcocoofficial1 Yang penting…. #takhensemtakpajanjikaya #foryou #foryourpage #foryoupageofficiall #fypシ #fyp #foryourpage #fypdongggggggg #fypviral #foryou #foryoupage❤️❤️ ♬ SWIPE - ALYPH