Kanak-kanak lelaki yang sebelum ini tular kerana menangis selepas tak dapat menerima kekalahan Harimau Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada minggu lalu sekali lagi mencuri tumpuan.

Kali ini kanak-kanak lelaki itu kelihatan kembali tersenyum dan gembira apabila dirakam pula menerima hadiah kasut daripada pemain skuad kebangsaan Safiq Rahim sewaktu perlawanan Malaysia menentang Bangladesh semalam.

Ia dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @muiiizzzzz . Dalam video itu menunjukkan Safiq menghampiri satu ruangan di tempat duduk penonton sebelum membaling kasut ke arah kanak-kanak berkenaan.

Bukan itu sahaja, bertambah gembira apabila dia turut mendapat jersi eksklusif yang dipakai tonggak sayap Harimau Malaya dan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman sewaktu perlawanan tersebut.

Terdahulu, video tangisan kanak-kanak itu turut mengundang sebak ramai apabila dilihat meratap kesedihan menangis seorang diri di tempat duduk stadium selepas perlawanan berakhir.

@muiiizzzzz

W kid

♬ original sound - Ackerman Malaya