Pelakon Mimi Ernida mencuri tumpuan ramai apabila tular dengan imej menyerupai aktres popular Bollywood, Alia Bhatt.

Menerusi tinjauan di media sosial, Mimi berkongsi beberapa foto dan video dirinya yang menurut orang ramai, salin tak tumpah kelihatan seperti Alia Bhatt dalam filem Gangubai Kathiawadi.

“Betul ke sama? Sebab ramai yang cakap sama muka macam Alia Bhatt,” tulis Mimi di Instagram.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Mimi termasuk beberapa rakan artis berpendapat bahawa dia benar-benar kelihatan sama seperti Alia Bhatt.

“Power,” puji Syafie Naswip.

“Kaboom!” tulis Tiz Zaqyah.

“Sama nya, love!” tulis Raja Ilya.

“Sumpah sebijik!” puji Aprena Manrose.

“Sama! Styleeee,” komen Sharnaaz Ahmad.

Dalam pada itu, beberapa video Mimi yang menjelma sebagai Alia sohor kini di TikTok dan mendapat lebih 330,000 tontonan.

@mimiernid4 Reply to @itssyahhh yang ni sama ? Ingat scenes yang mana ? #fypシ #mimiernida #andreabeautyhq #gangubaikathiawadi #aliabhatt #aliabhattmalaysia ♬ original sound - Mehreen Syed

Sekadar rekod, Mimi Ernida atau nama sebenarnya Nor Shamimi Ernida Mansor mulai aktif dalam dunia hiburan sekitar tahun 2010. Antara filem lakonannya sebelum ini adalah Polis Evo, Bencinta, Bulan dan Pria Terhebat diikuti pelbagai drama yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan.

Gangubai Kathiawadi yang boleh disaksikan menerusi Netflix itu dilancarkan pada Februari lalu. Selain Alia, filem itu turut menampilkan Ajay Devgn, Varun Kapoor, Shantanu Maheshwari dan ramai lagi.

Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!