Video Catwalk Pakaian Renang Tular, Ratu Cantik Malaysia Sandra Lim Kongsi Kisah Disebalik Gaya Pusingan Maut! - “Saya Mahu Kelainan…”
Ratu cantik Malaysia, Sandra Lim meluahkan rasa terharu kerana tidak menyangka video gaya catwalk swimsuit nya sewaktu di pentas acara Miss Universe 2024 baru-baru ini menjadi tular.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Sandra atau nama sebenarnya Sandra Lim Shue Hui, berkongsi tujuan dia nekad untuk melakukan gaya catwalk tersebut adalah kerana mahu membuatkan kelainan dan menonjol daripada 130 orang peserta lain.
@malaysia.ratu @sandralimofficial Miss Universe Malaysia 2024 . @Sandra Lim 雪卉 @Miss Universe MY @Miss Universe ♬ original sound - MalaysiaRatu
“Tiada inspirasi pun di sebalik swimsuit walk itu tetapi ia adalah skil dan teknik yang saya belajar daripada pertandingan ratu cantik sebelum ini.
“Saya mahu lakukan perkara yang lain daripada yang lain di pentas Miss Universe 2024 sebab bayangkan ada 130 orang peserta yang lain.
“Apa yang saya fikirkan pada ketika itu adalah untuk buat signature twirl, ketika saya berbincang dengan Ellen Yong (Pengarah Kebangsaan MUMO) dia nasihat saya untuk buat gaya catwalk itu dengan over daripada orang tak faham pun apa yang saya nak buat dekat atas itu, jadi dekat atas pentas saya teringat ayat ini dan jadilah catwalk seperti itu,” kongsinya ketika ditemui Gempak di sidang media meraikan top 3 Sandra Lim di Miss Universe 2024.
Gadis cantik berusia 23 tahun itu bagaimanapun hanya menzahirkan rasa puas hati kerana video catwalk yang tular itu dapat memberikan ‘positif vibe’ dan kegembiraan kepada warganet yang menonton.
“Sehari selepas acara itu orang mula tag saya. Mereka mula buat meme catwalk saya tu, saya tak menjangkakan perkara itu akan berlaku sebab saya tiada niat dan tidak sengaja untuk menggayakan catwalk sebegitu.
“Tetapi video itu dah keluar saya biarkan sahaja, tapi saya tak sangka perkara itu akan menjadi viral dan semua orang bercakap mengenai video itu.
“Apa-apa pun saya sangat gembira kerana dengan video itu saya mampu buat orang ketawa ia sangat seronok,” ujarnya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebak! Ratu Cantik Malaysia Sandra Lim Lolos Top 30 Miss Universe, Tamatkan Kemarau 53 Tahun
Terdahulu, Sandra Lim menamatkan kemarau 53 tahun di pentas Miss Universe 2024 apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 30 teratas dalam pertandingan yang berlangsung di Mexico.
Malah, Sandra menjadi wakil Malaysia kedua dalam sejarah yang berjaya lolos ke peringkat tersebut.
Kali pertama Malaysia terpilih adalah pada tahun 1970 menerusi Josephine Lena Wong. Dan itu merupakan kali pertama dan terakhir Malaysia terpilih.
Sekadar info, tahun ini menyaksikan sebanyak 130 negara menyertai pertandingan Miss Universe 2024 sekali gus menjadikan edisi kali ini sebagai penyertaan terbesar dalam sejarah penganjurannya.
Wakil Denmark, Victoria Kjaer telah dinobatkan sebagai Miss Universe 2024. Tempat kedua pula dimenangi oleh Nigeria, ketiga Mexico, keempat Thailand dan kelima Venezuela.