Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

[VIDEO] "Covid-19 Serang 'Enjin' Saya" - Liza Hanim

Shahrin Zulkifle
10/11/2022 08:00 MYT

Penyanyi Liza Hanim mengakui vokal suaranya berlaku perubahan akibat jangkitan Covid-19 baru-baru ini. 

Kesan daripada jangkitan Itu, Liza atau nama penuhnya Haliza Hanim Abd Halim, 42, berkata paru-paru dan peti suaranya telah mengalami perubahan. 

“Hanya nak bagi tahu, baru - baru ini saya sekali lagi dijangkiti Covid19, jangan tanya mana dapat, saya sendiri tak tahu. 

“Tapi satu perkara yang pasti, saya kena terus train balik paru-paru dan peti suara saya, kerana sebagai seorang penyanyi, memang terkesan sangat sebab Covid serang ‘enjin’(suara) saya,” katanya. 

Liza berkongsi perkara itu menerusi hantaran terkini di laman Instagramya baru-baru ini. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79)

Tambah pelantun lagu Gelisah Mimpi itu, dia kini sedang berusaha memulih kembali suaranya dengan mendapatkan bantuan guru vokal. 

“Jadi sekarang tengah ‘physio’ (rawatan) dengan Cikgu Delly (guru vokal). Terima kasih cikgu terima student matang ini. Walaupu mengambil masa yang panjang untuk pulih, tapi saya akan terus berlatih. 

“Doakan saya pulih dan tolong pakai pelitup muka. Post covid variant sekarang lain macam tau. Saya doakan anda semua terlindung daripada dijangkiti Covid-19,” tambahnya. 

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. 
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Liza Hanim #COVID 19