Sepanjang minggu ini kecoh dengan isu penyanyi Sissy Imann ‘merajuk’ selepas menerima komen yang dianggap kasar oleh juri tetap program realiti TV iaitu Mas Idayu.

Selepas melalui fasa sedih selama beberapa hari, akhirnya Sissy dilihat sudah mampu bergelak tawa bersama pasangan duetnya iaitu penyanyi Naim Daniel.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Naim secara berseloroh mengatakan dia dan Sissy mahu berhenti menyanyi kerana ingin membuat perniagaan katering makanan bersama.

“Dahlah kitaorang nak berhenti menyanyi. Lepas ni nak buat katering saja dengan Sissy,” seloroh Naim.

Rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat Sissy kembali tersenyum selain mendoakan penyanyi lagu Pesanan Ayahanda itu terus kuat.

“Kuatkan mental dan fizikal… yup, jangan sedih-sedih. Lepas ini keep strong ya, moga maju jaya ya.

“Alhamdulillah dah boleh keluar makan, gelak-gelak Sissy,” komen netizen.

Terdahulu, Sissy dan Naim yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh Mas Idayu selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong.

Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas.

Insiden itu juga membuatkan Sissy seolah-olah hilang semangat dan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut.

BACA: Masih Sentap! Sissy Iman Tak Jadi Lancar Album, Tukar Jadi Derma - “Rasa Tak Boleh Tengok, 10 Tahun Merangkak…”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

@naimdanielx Dahlah kitaorang nak berhenti menyanyi. Lepasni nak buat katering je dengan @Sissy Imann #familiduo ♬ original sound - Naim Daniel