Sebut sahaja nama Datin Maria Farida, sudah pasti ramai terus terbayang wajah cantik pelakon berdarah kacukan Melayu dan Filipina berusia 53 tahun itu.

Tidak hanya wajah, Maria Farida juga terkenal dengan tutur kata yang lembut, penampilan yang sentiasa gorgeous dan juga bentuk badan yang langsing.

Malah, aktres tersebut pernah berkongsi petua kekal cantik kepada pengikutnya.

BACA: Rahsia Awet Muda? Maria Farida Kata Kurangkan Mengumpat

Terbaharu, kecantikan Maria Farida sekali lagi menjadi bualan wargamaya selepas memuat naik sebuah video memperlihatkan dia sedang menari di laman TikTok baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Maria Farida melakukan tarian yang sedang trending di laman sosial berkenaan ketika ini iaitu ‘As It Was’ sambil ditemani seorang jejaka di sampingnya.

@mariafarida.official

???

♬ As It Was - PREP

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya bersetuju dengan mengatakan wajah aktres tersebut seperti tidak dimakan usia.

Malah, ada yang berseloroh menggelar dirinya seorang Vampire.

“Dia makan apa sampai sekarang tak kedut?” kata seorang wargamaya.

“Dia ni lawa betul! Aku syak dia vampire,” ujar seorang netizen.

“Tak tahu sekarang ni siapa yang umur 50+, aku ke dia, hurmmm,” kata seorang lagi wargamaya.

Untuk info, Gempak telah mengangkat nama Maria Farida sebagai top 5 selebriti wanita yang memiliki wajah cantik meskipun umur sudah melebihi usia 40 sepanjang tahun 2022.

BACA: #GempakWrapped2022: Top 5 Artis Usia Lebih 40 Tahun Tapi Tetap Cantik! Kulit Pun Flawless!

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.